
Masuk Hari Ke-5, Keluarga Nora Anne Percaya Remaja Hilang Diculik
3 Ogos lalu, seorang remaja perempuan warga Ireland yang mempunyai masalah pembelajaran, Nora Anne Quoirin di sebuah resort di Negeri Sembilan memasuki hari ke-5 pada hari ini. Kehilangan Nora masih kekal misteri sehingga ke hari ini walaupun banyak spekulasi mengenainya.
Nora dikatakan keluar menerusi tingkap berdasarkan kepada keadaan tingkap yang terbuka di biliknya dalam keadaan berpakaian dalam. Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan anggota bomba, Unit Udara PDRM, Jabatan RELA dan Pasukan Gerakan Am Cheras diteruskan di sekitar resort dan kawasan Gunung Berembun serta persisiran Sungai Berembun.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kes kehilangan Nora diklasifikasikan sebagai kes penculikan sebaliknya menyatakan ianya adalah kes orang hilang. Namun hari ini, keluarga remaja istimewa terbabit percaya bahawa Nora telah diculik.
Turut mendapatkan bantuan daripada orang Asli, ada penduduk setempat yang mengaitkan kehilangan Nora Anne dengan makhluk halus, berikutan kejadian sebelum ini yang mana pendaki yang hilang ditemui beberapa hari kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mengenai kemungkinan binatang buas, seorang bekas kakitangan resort tersebut menafikannya kerana beliau tidak pernah menemui seekor pun haiwan buas selama tinggal di kawasan tersebut.
Seorang pekerja resort berhampiran, Mohd Atan yang berusia 61 tahun turut menyatakan bahawa beliau pernah melihat Nora Anne bermain air di kolam dekat anak sungai Gunung Berembun (600 meter dari kawasan resort) pada hari mangsa dikatakan hilang.
Namun pada masa tersebut, Mohd Atan masih lagi tidak mengetahui mengenai kehilangan mangsa kerana tidak dilaporkan secara meluas oleh media.
Dalam satu video sidang media bersama keluarga Nora (yang diwakilkan oleh ibu saudaranya), mereka mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan berterusan yang diterima daripada semua.
Mereka turut menyatakan bahawa ini adalah masa yang sukar dan trauma buat mereka dan berharap agar Nora Anne ditemui dengan kadar segera dalam keadaan yang selamat.
Heartbreaking statement from the family of Nora Quoirin, the 15 year-old girl with special needs who disappeared from a Malaysian resort on Sunday. A 4 day search by police has thrown up no sign of her. The family believe she was abducted. pic.twitter.com/4hrL7GX5bQ
— Jonathan Head (@pakhead) August 7, 2019
Aplikasi MMspot ini memang sesuai sangatlah untuk generasi millenia.
MMspot – Platform Ganjaran Di Hujung Jari
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.