Foto Editor Odisi

Masuk Campur Hal Rumah Tangga, Sebenarnya Mertua Dan Ipar Pun Turut Boleh Didakwa Di Mahkamah Syariah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banyak kisah pergolakan rumah tangga sebenarnya berpunca dari anggota keluarga sendiri yang bikin ‘panas’ dan selalu ‘lebih-lebih’ masuk campur.

Seperti kebanyakan filem Melayu dan drama TV jam 7 petang setiap hari, hal ini menyebabkan suami atau isteri yang terlibat gagal untuk memainkan peranan mereka dalam institusi keluarga.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya terdapat peruntukan dalam mahkamah syariah bagi mana-mana orang yang menghalang suami atau isteri dari menunaikan tanggungjawab mereka.

Walau bagaimanapun, untuk kes keganasan rumah tangga, pendekatan dan tindakan campur tangan yang berbeza adalah perlu dari ahli keluarga dan masyarakat.

Ikuti penjelasan berikut dari seorang peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang berkongsi mengenai hal ini melalui beberapa siri ciapan Twitternya.

1 – Tangkap layar dari Twitter Hafidzah Hassan
– Tangkap layar dari Twitter Hafidzah Hassan

Suami anda dah berapa lama tak pulang ke rumah. Ada kerja, sibuk, singgah rumah mak dia, tengokkan adik ipar di hospital dan akhirnya tak balik langsung.

Siasat punya siasat, rupanya mak mertua tak suka anda. Dan hasut anaknya kahwin lain. Tak balik rumah. Dan maki hamun bila anda datang dan minta dia pulang.

Atau suami tu ada kekasih lain. Dan tinggal serumah. Wanita tu tak bagi dia balik dan suruh suami anda pilih “aiiii atau diaaaa????” “Kang I terjunnn, I terjunnn haaagitu.

Apa nak buat?

Terdapat peruntukan dalam mahkamah syariah bagi mana-mana orang yang menghalang suami/isteri menunaikan tanggungjawab mereka/mengabaikan keluarga mereka.

Hak ini diberikan kepada pendakwa syarie dan bukannya tuntutan saman ganti rugi sivil memandangkan hal keluarga Islam termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Jadi anda perlu laporkan, sertakan bukti-bukti dan pendakwa syarie akan melihat sekiranya perkara tersebut adalah membentuk perlakuan jenayah syariah. Dan pihak yang menghalang suami pulang, halang beri nafkah dan lain-lain boleh didakwa.

Mak mertua, kakak ipar, abang saudara, bini nombor 1 ke, 2 ke, 3 ke, semua boleh didakwa.

Kesimpulan, jangan masuk campur hal rumah tangga orang.

Tapi kalau ada domestik violence/lain-lain sebab, buat tindakan wajar dan failkan tindakan sesuai bagi menjaga hak dan kepentingan masing-masing.

Tangkap layar dari Twitter Hafidzah Hassan
– Tangkap layar dari Twitter Hafidzah Hassan

BACA: Putus Tunang, Apa Yang Boleh Anda Tuntut Di Mahkamah?

Sumber: Hafidzah Hassan