Masjid Singapura Ini Sediakan Penginapan Sebagai Solusi Masalah Gelandangan

Awal bulan ini, satu kajian mengenai gelandangan di Singapura mendapati hampir 1,000 orang individu di sana terpaksa hidup miskin sebagai gelandangan. Antara kawasan yang paling banyak ditemui golongan ini adalah di kawasan pulau dan bandar seperti Bedok dan Kallang.

Walaupun kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan (kelas bawahan; pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) dan lebih suku daripada mereka mempunyai flat di bawah nama mereka (sebahagian besarnya adalah flat sewa), namun sebilangan besar daripada mereka tetap bermalam di tempat awam sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Agak mengejutkan untuk sebuah negara yang dipandang sebagai ‘negara kaya’, namun inilah yang perlu diterima. Satu per tiga daripada responden didapati bermalam di tempat-tempat awam sejak satu hingga lima tahun lalu dan 27% lagi hidup merempat di jalanan sejak lima tahun lalu.

Masjid Singapura Gelandangan 2

Peka dengan keadaan itu, sebuah masjid besar dan pusat keagamaan di Singapura iaitu Masjid Sultan tampil dengan solusi dengan menyediakan satu ruangan khas untuk golongan ini berteduh bermula dari jam 10 malam hingga 7 pagi keesokan harinya.

Menjalankan kerjasama denganĀ  Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, antara kemudahan yang disediakan ialah katil, bantal, kipas dan minuman, gelandangan yang berhasrat bermalam di masjid tertua ini hanya perlu mendaftarkan diri di pejabat keselamatan sebelumĀ  menggunakan kemudahan yang ada.

Masjid Singapura Gelandangan 1

Walau bagaimanapun, kawasan penginapan ini bukanlah terletak di dalam kawasan masjid, sebaliknya di sebuah bangunan pelbagai fungsi di sebelah masjid iaitu Bangunan Annex.

Moga dengan inisiatif yang dimulakan oleh Singapura ini dapatlah diikuti oleh Malaysia yang turut mempunyai angka gelandangan yang agak tinggi.

Sumber: Berita Mediacorp, Mothership