Masjid Kanak-Kanak

‘Masjid Mesra Kanak-Kanak’ Sentiasa Menjadi Idaman Para Ibu Bapa Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali ingin berjemaah di masjid, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pada hari ini pastinya seolah-olah dalam dilema, kan?

Ini disebabkan kebanyakan masjid pada hari ini ‘tidak mesra’ kanak-kanak hinggakan masih banyak dilaporkan berlaku kejadian ibu bapa ditegah dari membawa anak masing-masing ke masjid malah ada juga kes kanak-kanak pernah dihalau kerana ‘mengganggu’ jemaah yang hadir.

Perkara ini turut disentuh oleh Dr Nurilyani Bujang melalui perkongsian di Facebooknya berikut. Beberapa orang ‘nurtizen’ juga turut dilihat meluahkan kekecewaan mereka berkenaan isu masjid ‘tidak mesra’ kanak-kanak pada hari ini.

Apa pendapat anda?

Masjid Kanak-Kanak

Saya idamkan masjid di Malaysia seperti ini.

Yang mesra kanak-kanak.

Yang meraikan kanak-kanak.

Yang anak-anak tidak dilayan seperti najis.

Yang membolehkan orang muda seperti kami memasuki saf tanpa fikirkan siapa nak jaga anak.

Jangan salahkan orang muda jika tidak ke masjid.

Jika kita tak pernah nak jadikan masjid mesra orang muda dan kanak-kanak.

Dr Nurilyani Bujang
Yang dihina sehina-hinanya ketika membawa anak ke masjid Kampung ***** *****, Johor Bahru

——

Komen netizen:

“Itulah kan. Kalau tengok luar negara, betul-betul hidupkan sunnah dengan meraikan kanak-kanak dalam masjid” –  Che Puteh Osman

“Setuju ✅ berkali-kali fikir nak berjemaah dengan bawak twin” – Zaiton Jalil

“Sama…saya pun pernah dihalau mak cik sebab bawak anak ke masjid. Kejadian kat Masjid ******” – Julie Anna

“Haritu masuk masjid dengan anak. Dia suruh ke bahagian lain jangan masuk main area” – Haziqah Rosa

“Betul, kalau risau mereka bising. Kita cakaplah, siapa yang diam dan menghormati mereka yang sedang solat akan dapat pahala dan gula-gula.. mainlah tapi jangan buat bising.. In Shaa Allah budak-budak mudah memahami” – Eima Rasharieza

BACA: Ruangan Khas Sudut Mainan Kanak-Kanak Wajar Diadakan Di Setiap Masjid

Sumber: Nurilyani Bujang