
Masjid Ini Tawar WiFi Percuma Dengan Syarat Hadir Solat Jemaah
Masjid ini tawar akses internet percuma dengan syarat hadir solat berjemaah.
Bagi menyemarakkan masjid, sebuah masjid di wilayah Cirebon, Indonesia telah mengambil inisiatif memberikan akses internet secara percuma dengan syarat hadir menyemarakkan solat berjemaah di masjid tersebut.
Sudah menyediakan perkhidmatan ini sejak setahun lalu, pihak pengurusan Masjid Ussisa ‘Ala T-Taqwa Bodesari ini berharap dengan teknologi tersebut, dakwah Islam dapat diterapkan kepada masyarakat setempat.
Langkah tersebut nyata berkesan kerana bilangan saf solat berjemaah sudah bertambah kepada empat saf berbanding dua saf sebelum ini.
Bukan itu sahaja, masjid turut menyediakan pelbagai aktivviti antaranya sukan memanah bagi menarik lebih ramai penduduk mengimarahkan masjid.

Ketua DKM Masjid Ussisa ‘Ala T-Taqwa Bodesari, Bana El Bana berharap agar kemudahan wifi secara percuma dapat meningkatkan lebih banyak jemaah di masjid kerana bagi beliau masjid bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat tetapi juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat khususnya buat golongan muda.
https://www.facebook.com/riswa.bodesari/posts/538263723780853
Akses wifi hanya akan diberikan selepas selesai solat, contoh aturannya adalah datang ke masjid, ambil wuduk, tunaikan solat dan kemudiannya akan diberikan akses.
Di Malaysia pula, Masjid Temerloh Jaya sebelum ini mendapat perhatian kerana mencipta nama sebagai masjid yang paling ramai menerima jemaah untuk menunaikan solat Subuh.
BACA: Selepas Tular, Masjid Temerloh Jaya Terus Meriah Dengan Kehadiran Jemaah Luar
Ketika azan Subuh dilaungkan, lebih 600 orang jemaah dilihat sudah bersedia memenuhi ruangan 13 saf di sana.
Sumber: radarcirebon.com