Masjid Di Indonesia Masih Dibuka, Jemaah Tunai Solat Dengan Aplikasi ‘Jarak Sosial’

Ketika Malaysia menutup semua masjid dan kawasan yang berpotensi untuk orang ramai berhimpun dalam kelompok yang besar, masjid di Indonesia masih lagi dibuka untuk orang ramai menunaikan solat.

Walaupun arahan supaya tidak menghadiri perhimpunan agama termasuk mendirikan solat berjemaah dan hanya bersembahyang di rumah, Jumaat lalu masih ramai yang hadir untuk berjemaah menunaikan solat Jumaat di masjid.

Mengaplikasikan jarak sosial dalam ibadah tersebut,  kebanyakan daripada jemaah masjid di Indonesia rata-ratanya apabila ditanya mengapa masih hadir ke ‘perhimpunan’ ini memberi jawapan bahawa mereka percaya Allah akan melindungi umatnya yang taat kepada perintah-NYA.

Masjid Di Indonesia Masih Dibuka, Jemaah Tunai Solat Dengan Aplikasi ‘Jarak Sosial’
Sumber: iNews

Meskipun bimbang dengan penularan, mereka percaya pada pihak pengurusan masjid yang sudah melakukan pembersihan rapi serta menyediakan sabun untuk kegunaan jemaah.

Indonesia merupakan antara negara Asia terlambat mengumumkan kes pertama COVID-19 walaupun negara berdekatan yang lain sudah mencatatkan beberapa kes.

BACA: Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Susulan daripada kelewatan bertindak, kini Indonesia menjangkakan lebih 600,000 ke 700,000 rakyat mereka sudah dijangkiti COVID-19 berdasarkan data kontak rapat kes positif sebelum ini.

BACA: Indonesia Dijangka Catat Tempoh ‘Hidap’ COVID-19 Lebih Lama Dari Negara Lain

Setakat hari ini, Indonesia baru sahaja mencatatkan kes jangkitan sebanyak 514 dengan angka kematian dan sembuh masing-masing sebanyak 48 dan 29.

Walaupun Malaysia mencatatkan jumlah sekali ganda daripada kes di Indonesia iaitu 1,306 kes, jumlah kematian yang dicatatkan di Malaysia setakat hari ini cuma 10 kes.

Sumber: Berita Harian