
Masih Tidak Puas Hati, Dong Zong Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular
Sejak penghujung Julai lalu, pengkritik terhadap kementerian pendidikan membantah untuk memperkenalkan tiga halaman pelajran tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia bagi murid Tahun 4 termasuk di sekolah vernakular.
Golongan ‘Jawiphobia’ ini terlalu khuatir dengan pengaruh tulisan ini bakal memberikan kesan kepada anak-anak bukan Melayu apabila mempelajarinya.
Persatuan yang kuat menentang seperti Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong dalam kenyataan terbaharu akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk terus membantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Mereka turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.
Melihat kandungan pelajaran Jawi yang mempunyai tiga halaman itu, ia hanya menumpukan terhadap teks jawi pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem yang secara keseluruhannya terdapat empat teks Jawi iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu”, “Bank Negara Malaysia”, “Ringgit Malaysia”, dan “Malaysia” pada setem.
Kandungan akademik itu dijangka diperkenalkan mulai tahun hadapan. Bagaimanapun, Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Gerakan yang mahu pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah vernakular di seluruh negara pada November lalu kerana tanggapan mereka percaya pengajaran tulisan Jawi boleh membawa persepsi Islam disebarkan kepada pelajar agama lain, seperti yang diajar dalam kelas Pengajian Islam adalah tidak relevan ditambah pula tulisan Jawi adalah sebahagian daripada bahasa Malaysia, yang juga bahasa kebangsaan.
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Kini
Trending now



