
Masih Ramai Yang Tak Tahu Ciri Pelaburan GO+ Touch ‘n Go Sebenarnya Tak Patuh Syariah
29 Mac lalu, Touch ‘n Go telah memperkenalkan GO+, satu ciri pelaburan terbina yang membolehkan pengguna melabur dengan nilai serendah RM10 dan menerima pulangan setiap hari sebagai langkah pertama bergerak ke arah servis pendigital kewangan.
BACA: Lelaki Ini Kongsikan Hujah Forex Online Trading Tidak Patuh Syariah
Biarpun ciri ini membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan harian melalui baki dompet digital, namun ianya sudah dimaklumkan sebagai ciri GO+ Touch ‘n Go yang tidak patuh syariah.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, ciri pelaburan ini haram disertai oleh umat Islam kerana pulangan yang ditawarkan merupakan dana yang tidak patuh syariah.
https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/3893079727441414
Malah tahukah anda, Forex Online Trading sebenarnya tidak patuh syariah?
Inilah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Muhammad Alif mengenai forex online trading. Untuk pengetahuan anda, beliau telah bekerja selama 2 tahun di sebuah syarikat pelaburan forex online dan bertindak untuk meninggalkan syarikat tersebut berdasarkan hujah-hujahnya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1359937057676816&id=100009816037617
Berdasarkan hujah-hujah yang dibawa oleh beliau, dapat kita simpulkan bahawa forex online trading adalah tidak patuh syariah. Ini adalah disebabkan oleh ketiadaan aset yang didagangkan disandarkan kepada instrumen ini.
Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai kes yang melibatkan scam melalui instrumen forex online trading. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar yang didalangi warga China di Cyberjaya.
Maka, sekiranya anda pernah terlibat dengan pelaburan berbentuk begini, mungkin ini adalah masa untuk anda angkat kaki keluarkan pelaburan anda. Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sekurang-kurangnya mengucapkan Istighfar. Ada pelbagai lagi instrumen patuh syariah yang diselia oleh Bursa Malaysia.
Sumber: