Masih Ramai Yang Tak Tahu 5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Ini

Sumber: Tech Crunch

Semuanya kini di hujung jari. Namun, masih ramai yang tak tahu tip menggunakan kemudahan internet yang betul.

Dunia teknologi yang sudah semakin maju membolehkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat dengan mudah – hanya perlu masuk ke Google.

Kebergantungan penduduk dunia pada Google jelas apabila semua benda akan dicari menggunakan Google – urusan seharian, resepi, petua, motivasi dan sebagainya.

BACA: Lihat Bagaimana Google Voice Typing Bantu Anda Siapkan Tugasan Dengan Lebih Cepat Tanpa Perlu Menaip

Ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu, Google kini berkembang sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia. Kekal releven sehingga kini, setiap hari Google digunakan sebagai platform pencarian maklumat.

Walaupun semakin dimudahkan dengan Google, tahukah anda sebilangan besar daripada kita masih lagi tidak tahu cara menggunakan Google yang betul untuk mencari maklumat?

Disebabkan masih ramai yang tak tahu, ketahui lima cara atau tip yang boleh memudahkan anda mencari maklumat di Google yang dikongsikan di Twitter ini.

1. Gunakan simbol tolak (-) untuk kecualikan perkara yang tidak mahu. Sebagai contoh, anda mahukan artikel tetapi bukan daripada sumber wordpress.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu

2. Gunakan simbol pembuka dan penutup kata (” “) untuk pencarian tanpa mengubah susunan perkataan.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu 1

3. Gunakan simbol tilde (~) untuk pencarian maklumat sinonim atau berkaitan dengan kata kunci carian.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu 2

4. Gunakan simbol time span (..) untuk pencarian maklumat dalam tempoh tertentu.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu 3

5. Gunakan kata kunci filetype untuk pencarian maklumat sesuai dengan jenis fail yang dikehendaki.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu 4

Selain daripada lima tip di atas, sebenarnya ada juga yang tak tahu Google boleh digunakan untuk pencarian gambar. Caranya mudah sahaja, muat naik gambar di Google Images dan anda akan dapat lihat hasilnya.

5 Tip Mudahkan Pencarian Maklumat Di Google Yang Perlu Anda Tahu 5
Sumber: The Tech Education