Jho Low

Masih Gagal Tangkap Jho Low, Rakyat Tidak Boleh Salahkan Ketidakupayaan Kerajaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rakyat tidak boleh menyalahkan ketidakupayaan kerajaan untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut portal FMT, beliau menjelaskan rakyat perlu faham Malaysia tidak menandatangani perjanjian ekstradisi dengan setiap negara di dunia.

Jho Low

Beliau percaya Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi. Makanya, berlaku kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China.

“Kita tidak boleh salahkan kerajaan kerana belum ada perjanjian dengan negara tertentu.

“Saya tidak pasti sama ada kita mempunyai perjanjian dengan China untuk mengekstradisi orang,” jelas beliau.

Walaupun tidak mustahil untuk menangkap Jho Low, namun menurutnya lagi usaha itu “tidak mudah”.

Jho Low didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas dakwaan terlibat dengan penyelewengan USD4.5 bilion daripada 1MDB.

Walaupun Jho Low dipercayai berada di Macau, Beijing menafikan dakwaan melindungi individu tersebut.

BACA: Dakwa Jadi Kambing Hitam, Jho Low Hanya Akan Pulang Jika Politik Malaysia Diyakini Selamat

Sumber: FMT