Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir 2

Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Barang elektrik yang terkena banjir masih lagi boleh digunakan?

Banyak mangsa banjir hanya mampu berputih mata selepas mereka tidak sempat menyelamatkan barangan dan perkakas rumah yang penting seperti barangan elektrik.

Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir 3
Sumber: MStar

Tetapi tahukah anda, barang elektrik anda masih boleh diselamatkan biarpun sudah beberapa hari terendam di dalam banjir berlumpur?

  1. Perkara penting yang perlu anda buat ialah jangan sesekali cuba untuk menghidupkan barang elektrik anda untuk menguji sama ada ianya masih elok atau pun tidak.
  2. Tembak menggunakan air bagi membersihkan lumpur di setiap bahagian termasuklah di kawasan tertutup.
  3. Jangan gunakan berus, hanya guna berus cat untuk menghakis lumpur.
  4. Bila dah bersih, jemur di kawasan panas sekitar dua ke tiga hari sehingga tiada kelembapan pada komponen dalaman.
  5. Untuk pastikan ianya betul-betul kering, anda boleh gunakan pengering rambut.

Peti ais

Untuk peti ais, anda hanya perlu bersihkan dan ditegakkan di kawasan asal sebelum dikan semula tiga ke empat hari kemudian.

Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir 1

Mesin basuh

Menurut seorang pembaiki perkakasan elektrik, Angah Duta menasihati orang ramai supaya mesin basuh dibersihkan dan dikeringkan dengan cara membaringkannya ke dalam banyak keadaan untuk tiga ke empat jam.

Hanya gunakan sekiranya ia benar-benar kering dan mungkin memakan masa tiga ke empat hari.

Suruhanjaya Tenaga (ST)

ST menasihati orang ramai agar tidak menggunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air selagi barangan tersebut berada dalam keadaan kering dan sudah diperiksa oleh kontraktor elektrik.

BACA: Imbas Kembali Peristiwa Banjir Besar Tahun 1971 Yang Melanda Kuala Lumpur

Malah mangsa banjir juga dilarang daripada memasuki kawasan yag terdapat barangan elektrik yang masih beluk dicabut dari soket.

Sumber:

  1. TNB
  2. Saiful Nang
  3. Angah Duta