Kerajaan Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir

‘Masih Ada Yang Amalkan’ – Kerajaan Diminta Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan Diminta Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir

Meskipun teknologi bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat Melayu negara ini.

Masyarakat Melayu kita masih lagi mengamalkan sihir, santau dan sebagainya malah masih ada mengamalkan ilmu Syaitan iaitu ilmu yang menggunakan khidmat jin yang mana bila pesakit ini meninggal kelak, anak cucunya akan menerima saka.

Malahan, kerap kali juga dilaporkan beberapa golongan artis terkena unsur ilmu hitam yang tidak diketahui apa tujuannya.

Bagi mengekang fenomena ilmu hitam daripada terus memporak-perandakan kehidupan masyarakat, Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Accin) meminta kerajaan wujudkan pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di negara ini.

Memetik sumber Sinar Harian, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan ketaasuban terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan orang ramai rugi berjuta-juta ringgit setiap tahun gara-gara ditipu bomoh.

Pengerusi Accin, Ab Razak Mahadi berkata, undang-undang jenayah sihir wajar diperkenalkan khususnya bagi membela mangsa yang teraniaya kesan perbuatan ilmu hitam.

Kerajaan Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir

Katanya, walaupun ilmu sihir tidak dapat dilihat mata kasar namun ia masih boleh dibuktikan melalui kaedah forensik dan kepakaran pihak berkuasa.

“Perbuatan sihir berlaku dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang, cuma untuk membuktikan wujudnya unsur jenayah tersebut, itu yang dilihat masih sukar terutamanya untuk dibawa ke mahkamah.

“Justeru, Accin berpendapat undang-undang jenayah sihir digubal segera dengan memperincikan kaedah penyiasatan dan pembuktian.”

Undang-undang jenayah sihir boleh diwujudkan sekiranya kekangan awal seperti kaedah untuk pihak pendakwa membuktikan wujudnya elemen sihir dapat diselesaikan, menurut peguam Mohd Hayyatuddin Muhammad.

Undang-undang jenayah sihir ini sudah pun diperkenalkan di negara Brunei iaitu kesalahan jenayah sihir di bawah Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam.

Negara itu mengumumkan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah di negara itu dan antara hukuman yang dimasukkan adalah berkaitan kesalahan menggunakan ilmu sihir pada tahun 2013.

Sumber: Sinar Harian