
Masalah Kesuburan Dalam Kalangan Lelaki Malaysia Semakin Meningkat – Kajian
Berdasarkan data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang didedahkan Ketua Pengarah, Abdul Shukur Abdullah, masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di Malaysia semakin meningkat.
BACA: Bukan Salah Ibu Mengandung, Benih Ayah Penentu Jantina Bayi Dalam Kandungan
Data bagi tempoh 2010 hingga 2019 mendedahkan kira-kira 60% daripada ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal dan satu kajian antarabangsa turut mendukung data ini dengan pendedahan bahawa masalah kesuburan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun belakangan ini membabitkan 7% daripada jumlah populasi lelaki di dunia.
Menurut Abdul Shukur, mereka (lelaki) tidak sedar kemungkinan mereka ini mengalami masalah kesuburan memandangkan 95% daripadanya dapat menjalani hubungan seksual secara normal.
Keadaan ini turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin yang mana Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia menunjukkan peningkatan peratusan masalah kesuburan daripada 6.9% (2004) kepada 8.6% (2014) dan dijangka mencecah 10% ke 12% menghampiri kadar peratusan global sebanyak 10% hingga 15%.

Merupakan satu situasi yang wajar dibimbangkan kerana akan membawa kepada penguncupan generasi akan datang yang menjadi tonggak pembangunan negara di masa akan datang, Abdul Shukor menambah antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki adalah masalah psikoseksual seperti kurang nafsu seks selain daripada keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma akibat pelbagai penyakit antaranya defek genetik, kencing manis, jangkitan dan masalah salur darah berpintah.
BACA: Tinjauan Dapati Kanak-Kanak Malaysia Sudah Mula Merokok Seawal 8 Tahun
Gaya hidup seperti merokok juga merupakan salah satu punca kepada terhasilnya sperma tidak normal.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2682134015409787/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAZWGpmvkgHoVwTKCei5V9jT2mSZtrJVQOYzYQNa6Uk7NUh4-L8doSSv2UbsPB_q_dNfZG7VO4RhVPWctGhq8q1I_wnhfccLiWtTFxNS56JGbVnmXKZBMDkLpobBcRatFsd1QLSSZlWrH8y0hucq1QTkTXbQ8QMaZcVkGhtRWsDZepsP7MIkMoV0_3987XwHR_0J90yQBfjSssgRHKIdFJW1v397yu8u3hj71YV9wpvmagGBtCu68_j8qt9qzpXf6VbQFV9lnxtw0I1Hp3ojaosclaH8cCdLyLG8pH7cgOXfab_VqO09lAKW33q4np3h5Iv0tStBNSd6lqESy0QEmBkGPPq&__tn__=-R
Sumber: Berita Harian