Kencing Malam

Masalah Anak Kencing Malam Perlukan Rawatan, Anak Tidak Patut Dihukum, Dirotan Dan Dimalukan!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Membesarkan anak-anak memang menjadi satu kewajipan buat setiap ibu bapa dan ianya merupakan satu tugasan yang tidak mudah.

Amat merbahaya sekiranya ibu bapa itu sendiri tidak cukup ilmu, lantas menyebabkan anak-anak tersebut membesar dengan cara yang salah.

Ini seterusnya menyumbang kepada masalah mental dan psikologi anak tersebut sehingga mereka meningkat dewasa.

BACA: 7 Penyebab Anak Mula Tunjuk Perangai Kurang Ajar

Masalah kencing malam misalnya, TIDAK BOLEH diselesaikan dengan cara kekerasan seperti menghukum dan mengaibkan anak tersebut.

Mengejutkan apabila didapati masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara sebenar bagi mengatasi masalah ini.

Seperti satu hantaran yang dibuat oleh Siti ‘Aisyah Rozalli di laman Facebooknya ini yang menegur seorang wanita yang mempunyai fahaman yang salah mengenai masalah anak kencing malam.

Dikhuatiri akibat komen wanita tersebut, lebih ramai ibu bapa akan mempunyai tanggapan yang salah, beliau telah mengambil inisiatif untuk memperbetulkannya menerusi hantaran ringkasnya berikut.

Kencing Malam

TOLONG JANGAN HUKUM, ROTAN ANAK YANG KENCING MALAM!

JANGAN! JANGAN! JANGAN!

Saya terbaca komen ni di 1 page confession yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh: Adult Baby Diaper Lover (ABDL).

Ex-husband dia ada minat pakai diaper sampai dah kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak research dah mat salleh buat pasal ABDL ni. Boleh Google. Benda ni agak rare sebenarnya.

Tapi… kat ruang komen…

Allahu akbar….

Puan ni komen menyalahkan ibu ayah ex-husband tu yang tak hukum anak. Sebab lelaki tersebut ada history terkencing malam semasa kecil.

Saya tak nafikan ada benda yang tak sepatutnya parents lelaki tu buat, yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL tu normal.

TAPI!!!

Perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah!

Hukum-hukum inilah sebenarnya yang boleh lead anak berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL!

Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan anak, boleh buat anak stress sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya.

Menghukum anak kencing malam begitu boleh buat anak jadi penipu. Sorok masalah dari ibu bapa.

Anak boleh benci ibu ayah.

Lagi scary

Anak boleh BENCI DIRI SENDIRI!!!

Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula 😭

Kencing malam ini perlukan rawatan.

Nama saintifiknya Nocturnal Enuresis.

Involuntary urination that happens during sleeping.

Involuntary = luar kawalan.

Ianya perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Takde anak saja-saja kencing malam suka-suka dia…

Jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur 6 tahun.

Biar doktor periksa kenapa.

Ada jangkitan kat salur kencing ke.

Anak jenis heavy sleeper ke.

Anak ada trauma yang kita tak tahu ke.

Setiap tu, ada rawatan yang berbeza.

Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan.

Aiyooo….

Jarang saya posting emosi memalam buta macam ni.

Tapi, I is so kenot!

Tolonglah jangan ada mentaliti macam ni.

Tolong sangat-sangat.

Kasihanilah anak tu 😭😭😭

Sumber & kredit foto: Siti ‘Aisyah Rozalli