
Marvel Menang Tuntutan Saman Poster ‘Iron Man 3’
Setelah empat tahun, Marvel akhirnya menang dalam tuntutan mahkamah yang mendakwa mereka mencuri idea dari buku komik Radix untuk poster Iron Man 3.
Poster yang memaparkan Iron Man dalam kedudukan seperti ‘bersedia’ dengan cara melutut di kaki kiri dikatakan telah menciplak salah satu babak watak iaitu Caliban dalam komik yang dihasilkan oleh Ben dan Ray Lai pada tahun 2000.
Ben dan Ray Lai yang memiliki syarikat Horizon Comics kalah dalam tuntutan saman mereka selepas mahkamah mendapati tiada bukti kukuh yang boleh mendakwa Marvel melakukan tiruan sama ada telah melihat lukisan Caliban atau terlibat dalam penghasilan poster Iron Man 3.
Keputusan yang diumumkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, J. Paul Oetken memihak kepada Marvel mendapati bahawa tiga edisi komik Radix yang diterbitkan antara tahun 2001 hingga 2002 tidak memaparkan lukisan watak Caliban berposisi seperti itu.
Iron Man 3 yang dikeluarkan pada 2013 kekal sebagai penyertaan solo yang paling berjaya di Marvel Cinematic Universe dengan catatan kutipan pecah panggung sebanyak USD1.21 bilion diikuti dengan Black Panther pada 2018 (USD1.3 bilion).
Sumber: MovieWeb