mark zuckerberg

Mark Zuckerberg Perkenal Meta Verified Berbayar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas Elon Musk, memperkenalkan akaun ‘verified’ secara langganan bulanan untuk Twitter, Mark Zuckerberg dilihat mengikut langkah yang sama dengan memperkenalkan ‘Meta Verified’.

meta verified

Akaun ‘verified’ ataupun sah ini memberi indikasi bahawa seorang pengguna akaun media sosial itu merupakan dirinya yang sebenar atau pun entiti sebuah perniagaan atau syarikat yang rasmi oleh pihak kerajaan.

Pentingnya dengan simbol ‘verified’ ini, ia mampu membawa persepsi kepercayaan kepada pengikut masing-masing.

https://www.facebook.com/zuck/posts/pfbid02979GyAHwTKsMd7ngCiHTRCHyeTCEHwYe9Evq3YV2ffvxUY7fKVb9TGyKEUFBeo3kl

Harga langganan bagi Meta Verified ini adalah sebanyak $11.99 (~RM53) untuk langganan menerusi web dan $14.99 (~RM66.33) menerusi iOS.

Antara fungsi penting bagi akaun ‘verified’ ini adalah satu lagi lapisan keselamatan untuk akaun anda daripada diganggu oleh akaun palsu. Anda juga layak untuk terus berhubung dengan khidmat pelanggan sekiranya ditimpa sebarang masalah.

BACA: Meta, Twitter, Microsoft Berlumba-Lumba Buang Pekerja – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?