Manusia vs Robot

Manusia vs Robot: ‘Self Payment Machine’ Dan ‘Robot Pelayan’ Gugat Peluang Kerja Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peminat tegar siri-siri sains fiksyen seperti Terminator, I, Robot dan Westworld sekarang ini pastinya menggelabah tak tentu pasal menyaksikan situasi manusia vs robot yang benar-benar berlaku ketika ini.

Adakah ini bermakna spesies manusia akan mula terancam selepas robot kini sudah mula perlahan-lahan menggantikan manusia?

Mungkinkah satu hari nanti robot-robot ini memiliki daya intelektual buatan yang mampu berfikir sendiri dan menyerang manusia?

Mungkin tidak. Tetapi, hari ini dilihat peluang kerja milik manusia sudah mula dirampas oleh robot-robot durjana ini.

Yazeed Hair Johari telah membuat hantaran berikut di Facebooknya yang menyuarakan tentang kerisauannya mengenai isu robot ganti manusia ini.

Manusia vs Robot

Tadi pi NSK nak beli kerang.

Masa nak bayar aku terkejut ..  kaunter punya banyak tak buka ..

Aku tanya budak NSK .. Dia kata memang jumlah pekerja dah tak ramai.

Mungkin setelah gaji minimum dinaikkan 1500? Aku tak pasti ..

Rupa-rupanya kerja cashier dah digantikan dengan self payment machine ..

Dulu best je tengok meriah ramai pekerja ..

Ramai orang ada peluang pekerjaan.

Sekarang robot dah ganti jadi pekerja 😔

—–

Fahmie Abu Bakar di Facebooknya pula menceritakan tentang robot yang kini telah mula diambil bekerja sebagai pelayan di restoran-restoran kerana kos operasinya yang lebih murah.

Manusia vs Robot

Automation.

Perkongsian dari owner Satay Rono.

Masalah pekerja sekarang sangat serious.

Sebelum ni 5 staff, gaji RM14k sebulan.

Sekarang Robot 2, gaji RM2800 sebulan.

Jimat lebih RM10k sebulan.

Kerja 24 jam.

Tiada cuti.

Tiada attitude.

Tiada pening kepala.

Benda macam ni lah depa kena kaji untuk kebun. Bukan sibuk ntah benda palatao.

Jangan sampai aku buat robot!!

#papaTerminator

—–

Berikut merupakan tangkap layar komen dari Farra Madeena (pemilik premis Sate Rono) yang dipetik dari page Bisnes Untuk Dijual (BUD) seperti yang dimaksudkan oleh Fahmie Abu Bakar tersebut.

Manusia vs Robot

Apa pendapat anda? Perlukah kita semua bersedia menghadapi kebangkitan mesin-mesin ini?

Mampukah manusia akhirnya mengalahkan robot?

BACA: Anak Malaysia Cipta Sejarah Dilantik Sebagai Pengajar Robotik TESLA

Sumber & kredit foto: Facebook Yazeed Hair Johari, Facebook Fahmie Abu Bakar