Asia's Got Talent

‘Manusia Kalkulator’ Rangkul Naib Juara Asia’s Got Talent Musim 3

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai orang mempunyai bakat menyanyi, menari dan pelbagai lagi yang sudah biasa kita lihat, tetapi bakat yang melibatkan nombor adalah sangat jarang berlaku.

Peserta dari Malaysia, Yaashwin Sarawanan dengan gelaran ‘manusia kalkulator’ melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai naib juara program realiti global, Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT 3).

Pengumuman kejayaan remaja Malaysia berusia 15 tahun itu dibuat kira-kira jam 10.30 di Marina Bay Sands, Singapura, malam Khamis.

Sementara itu, satu lagi peserta Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir iaitu kumpulan NAMA terkandas untuk ke peringkat seterusnya apabila diumum tersingkir pada awal rancangan.

Walaupun NAMA gagal menjadi top 3 dalam program realiti tersebut, kuartet nyanyian harmoni dengan imej gadis berhijab itu mencuri perhatian sejak pusingan saringan hinggalah ke pentas akhir yang diadakan di Singapura itu.

Asia's Got Talent
Sumber: Harian Metro

Juara AGT musim ketiga ini menjadi milik ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang banyak memukau penonton dengan muslihat mengagumkan dari jarak dekat. Beliau membawa pulan wang tunai berjumlah RM408,000. Tempat ketiga dimenangi peserta Filipina, Power Duo yang juga pasangan penari.

Sumber: Astro Awani