
Mangsa Tebusan Dedah Perompak Mahukan Wang Untuk ‘Selamatkan’ Adiknya Sebelum Maut Ditembak
Biasa yang kita dengar, penumpang yang menerima serangan tetapi kali ini lain apabila dengan memberi peluang kepada golongan wanita untuk bekerja sebagai pemandu Grab rupanya turut membuka peluang untuk penjenayah yang menyamar sebagai penumpang sebelum melakukan serangan seksual.
Seorang pemandu Grab wanita melalui detik cemas apabila dicabul oleh seorang penumpang yang disyaki berusia dalam lingkungan 20-an dengan bersenjatakan pisau awal pagi semalam, 3 Mac.
Beliau yang diserang secara seksual dikatakan mengambil penumpang dari sebuah stesen minyak Hentian Rehat dan Rawat Awan Besar untuk dihantar ke kawasan Kondominium KOI Prima, Taman Mas, Puchong itu bukan sahaja dicium malah turut diraba setelah diancam menggunakan pisau.

Beliau yang diajukan senjata tajam di kawasan leher, ditekup mulut sebelum pemangsa beralih kedudukan ke tempat duduk sebelah pemandu dan mencium mangsa. Bergelut untuk menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kereta Proton Saga yang sedang bergerak semasa suspek cuba untuk membuka seluarnya.
Mangsa yang selamat telah membuat laporan polis di Balai Polis Putera Perdana jam 7.15 pagi dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan wanita yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau rotan.
Masalah betullah, golongan wanita nak cari rezeki halal dengan Grab sekarang ini terpaksa berdepan dengan risiko bahaya.
Sumber: Sinar Harian Online
Siapa yang tak nak kongsi burger besar macam ini memang gelojoh orangnya.
7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/154264018810678/