Suzana Jahid

Benarkah Ini Punca Freemason Mengharamkan Ganja?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saban hari, semakin banyak perbezaan pendapat mengenai daun ganja yang kita dengar melibatkan golongan intelek dan ahli politik.

Kebelakangan ini juga, didapati ramai golongan elit dan selebriti tempatan yang ‘kantoi’ kerana menanam pokok ganja di dalam rumah.

BACA: Tak Mahu Malaysia Tertinggal, Syed Saddiq Harap Kerajaan Luluskan Ganja Untuk Perubatan

Jika dikaji secara terperinci dan dilihat dari sudut sejarah, banyak lagi sebenarnya fakta mengenai ganja ini yang kita tidak tahu.

Seorang pengguna Facebook, Suzana Jahid tidak berapa lama dahulu pernah membuat satu perkongsian yang menarik mengenai ganja di Group Facebook Bani Tenang Malaysia.

Perkongsian ilmu dari beliau ini mungkin sangat relevan dengan situasi pada masa sekarang supaya orang ramai dapat mengetahui secara lebih mendalam mengenai fakta dan sejarah marijuana yang sebenar.

Walau bagaimanapun, pendapat dan fakta yang didedahkan beliau ini hanyalah kajian dan pendapat beliau secara peribadi semata-mata. Budi bicara pembaca adalah dinasihatkan.

Suzana Jahid

Hisap Ganja Jadi Ganas.

Ramai Salah Paham!

Ini Fakta Daun Ganja Yang Ramai Tidak Tahu.. Patut FREEMASON Haramkan Ganja, Rupanya..

Kebaikan Daun Ganja Yang Ramai Tidak Tahu

  1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya, 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.
  2. Seluar jeans yang bermutu tahan lama, like better than Levi’s memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI’S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA?
  3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yang plastik tu mesra alam.
  4. Biji benih pokok ganja tinggi protein guna untuk produk makanan.
  5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yang famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.
  6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

  1. Pokok marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya pokok ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbilion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang-undang.
  2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan-golongan elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.
  3. Mana perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, pelabur industri arak, rokok dan sebagainya yang bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja …

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA

Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum, jika diambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia dibolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil-pil merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yang mana pil-pil itu sebenarnya meracun kita perlahan-lahan.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T, setiap tumbuhan ciptaan Tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya dan dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya Rasulullah melarangnya.

Itu 1, yang ke-2, (mabuk) okey, mari buka kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud (tidak berkelakuan seperti manusia normal) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

Jika anda kata ya, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang-undang negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 benda sahaja, saya ulang, 3 benda sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quotekan apa yang selalu orang kata, “Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya”. Okey, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan, TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana-mana pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja dikategorikan sebagai dadah?

Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? Cuba tengok GULA dan GARAM, hari-hari kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? Kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? Tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan dengan kemudaratan kawan tanya? Haha, gula dan garam jika digunakkan hari-hari, diambil dalam sukatan yang berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah, kan??

Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari-hari guna kalau tak guna, ish memang tak nak langsung la makan, betul tak? Jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kena ingat, kita boleh kawal bukan? Haa, macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?

Ganja termasuk dalam ketogori herba yang mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah menjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tapi kenapa masih menganggap ia dadah merbahaya?

Kematian yang diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (painkiller) adalah dalam lingkungan 25,000 orang di US sahaja…kematian akibat tercekik kacang setiap tahun adalah dalam lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan ganja? 0…yea..KOSONG..

Setakat ini, tiada kematian yang didokumentasi yang berpunca daripada penggunaan ganja…Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah berpunca daripada dadah sintetik yang menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi, ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA-MEDIA PRO MASON

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. Contoh..yang baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik.

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yang lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yang serba boleh telah terbukti beberapa tahun sebelum ianya diharamkan dalam undang-undang ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yang mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri..

Secara saitifik pakar-pakar kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dalam industri perubatan amatlah berkesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yang bukan menyembuhkan, tetapi meredakan untuk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula di kemudian hari.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja.

Tiada tumbuhan ciptaan Allah yang sia-sia.

Hanya MANUSIA yang salah guna akannya.

#TenangIsGood
#TenangIsAwesome
#letsKaji
#Bukankeji
#ganjalover

Sumber & kredit foto: Suzana Jahid, Facebook Bani Tenang Malaysia