Hias Bilik Angkasa Lepas

Manfaat Masa Sepanjang PKP, Lelaki Ini Kongsi Hasil Luar Biasa Hias Bilik Tema Kapal Angkasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin berada di dalam rumah berhari-hari sudah membuatkan kita berasa bosan bukan? Tapi perintah ini semua untuk kebaikan rakyat Malaysia bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 yang semakin berleluasa ketika ini.

Maka, ramai yang tidak melepaskan peluang berkongsi tentang aktiviti masing-masing di media sosial seperti memasak, menonton Netflix, membaca buku dan juga menghias rumah.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang mengambil peluang untuk mengemas dan menghias rumah kerana inilah masa yang sesuai untuk digunakan.

Seorang pelukis, Ahmad Fathil Zakaria berkongsi aktiviti beliau menghias bilik di laman sosial Facebook. Album yang diberi nama ‘Dekorasi Extreme Musim 2 COVID-19’ itu mendapat lebih 16 ribu tanda suka dan lebih 41 ribu perkongsian kerana dekorasinya itu amat menakjubkan dengan tema kapal angkasa.

Hiasan dalaman bertemakan kapal angkasa itu mendapat pujian netizen kerana kekreatifannya mengilustrasi ruang angkasa lepas di bilik bersaiz 68sq/ft seolah-olah seperti berada di kapal angkasa sebenar!

Bahagian pintu dilukis seperti pintu di kapal angkasa. Terasa seperti masuk ke dimensi lain!

Hias Bilik Angkasa Lepas
Sumber: FB

Bukan sahaja di dinding dihiasi penuh dengan lukisan, malah bahagian siling juga turut diwarnai dengan gambaran di ruang angkasa lepas.

Hias Bilik Angkasa Lepas
Sumber: FB

Tingkap bilik pula ditutup dengan papan lapis.

Hias Bilik Angkasa Lepas
Sumber: FB

Kalau dah masuk bilik serupa angkasa lepas sebenar, memang susah nak keluar!

Hias Bilik Angkasa Lepas
Sumber: FB

Luar biasa bukan? Untuk paparan yang lebih mendalam, boleh ke Facebook beliau di bawah ini.

https://www.facebook.com/fathil.ahmad/posts/2808487362521513