
Bateri Atau Kapasitor: Mana Lebih Berbaloi Untuk Pilih Dashcam?
Apabila berlaku kemalangan dan pergaduhan di jalan raya, masing-masing akan saling menunding jari dengan mempertahankan diri mereka tidak bersalah.
Pemandu yang tidak bersalah sekalipun sukar untuk membuktikan berada di pihak benar dan bukan dirinya yang menjadi punca masalah itu. Dalam kes ini, kita belum tahu siapa yang bersalah sama ada mereka yang direman polis atau mangsa sendiri kerana siasatan sedang dilakukan.
Seiring perkembangan teknologi, hari ini sudah ada alat yang boleh berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ dan seterusnya menjadi bahan bukti terhadap apa juga yang berlaku termasuk ketika di jalan raya.
Fungsi ini boleh dilaksanakan dashboard camera atau dashcam iaitu kamera yang dipasang pada papan pemuka bagi tujuan merakam video pergerakan kenderaan.
Kamera ini yang turut dilengkapi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) membolehkan peralatan itu merekod automatik lokasi dan kelajuan kenderaan ketika rakaman video dilakukan.
Seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim berkongsi tip bagi mereka yang bercadang untuk memasang dashcam dalam kenderaan. Menurut Faisal, terdapat empat faktor pemilihan dashcam iaitu:
1. Bateri vs Kapasitor
2. Kualiti Video
3. Mod Parkir
4. Ekstra
Bateri vs Kapasitor

Kualiti Video

Mod Parkir

Ekstra


Antara jenama dashcam berbaloi menurut pandangan Faisal.

Walaupun kerajaan memaklumkan belum ada cadangan mewajibkan pemasangan dashcam, kini keperluan itu perlu dipertimbangkan secara serius. Dashcam kini bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan bagi pemilik kenderaan terutama bagi mereka yang menjadi pemandu perkhidmatan seru pandu.
Sumber: Faisal Rahim
Trending now



