Yahya Ayyash

Mampu ‘Terbang’ Sehingga Lebih 250KM, Ini Identiti Di Sebalik Nama Peluru Berpandu Ayyash 250

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa identiti di sebalik nama peluru berpandu Ayyash 250?

Semalam, dua roket yang dilancarkan dari Gaza dilaporkan jatuh berhampiran Lapangan Terbang Ramon di Eilat Israel sehingga memaksa Israel menggantung operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut.

BACA: Lelaki Ini Status Asalnya Cuma Pendatang, Kemudian Menjadi Penjajah Di Palestin

Ianya adalah impak daripada peluru berpandu Ayyash 250 yang mana menurut jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah sebagai senjata yang mampu menjangkau jarak melebihi 250KM dan mencapai seluruh pelosok Israel dengan kesan binasa yang lebih dasyat.

Mampu ‘Terbang’ Sehingga Lebih 250KM, Ini Identiti Di Sebalik Nama Peluru Berpandu Ayyash 250 6

“Dengan arahan Ketua kami Khaled Muhammad Al Deif, dengan ini kami melancarkan peluru berpandu ke arah Lapangan Terbang Ramon menggunakan peluru berpandu Ayyash 250 yang mampu pergi 250KM dan kesan binasa yang besar. Ini untuk Al Aqsa dan para syuhada kami!

“Kami menggunakan Ayyash 250 untuk memberitahu musuh kami bahawa dari utara ke selatan Palestine, kami mampu pergi. Ini lah senjata pemusnah kami yang baru terbang ke langit Palestin ke arah target kami dengan izin ALLAH YANG BERKUASA!”

– Abu Ubaidah

Untuk pengetahuan anda, nama peluru berpandu Ayyash ini diambil sempena nama pembuatnya, Yahya Ayyash seorang jurutera yang juga merupakan ketua bahagian pembuatan senjata Breiged Al-Qassam. Yahya Ayyash sangat digeruni para musuhnya iaitu Israel kerana kecerdikan luar biasanya dalam bidang pembuatan senjata dan bahan letupan.

Mampu ‘Terbang’ Sehingga Lebih 250KM, Ini Identiti Di Sebalik Nama Peluru Berpandu Ayyash 250 2

Dilahirkan pada 3 Mac 1966 (ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada 22 Februari 1966), Yahya Ayyash yang membawa maksud ‘hidup orang yang panjang umur’ dilahirkan di Rafah, sebuah bandar di Palestin.

Semasa zaman kanak-kanaknya, Yahya Ayyash telah menerima anugerah daripada badan ‘Islamic Trust’ kerana kebolehannya menghafal Al-Quran.

Pendidikan Yahya Ayyash

Selain daripada berbakat dalam kerja-kerja elektrik dan mekanikal seperti membaiki radio dan televisyen, Yahya Ayyash menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Bir Zeit pada 1987 sebelum meneruskan pengajian dan berjaya bergarduasi dalam Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik pada 1988.

Bercita-cita untuk melanjutkan pengajian Sarjana di Jordan namun dihalang Zionis Israel, Yahya Ayyash membesar dalam keluarga yang agak berada dan memiliki dua orang anak lelaki. Biarpun berasal daripada keluarga berada, Yahya Ayyash terkenal dengan sikap rendah diri yang sangat mementingkan keluarga, jiran tetangga, tanah air dan sedia membantu mereka yang memerlukan.

Yahya Ayyash mula aktif dalam barisan Briged Izzudin Al-Qassam pada awal 1992 dan terkenal sebagai pemaju teknik bom berani mati dalam konflik Israel-Palestin serta menjadi salah seorang ketua pembuat bom di Hamas.

Mampu ‘Terbang’ Sehingga Lebih 250KM, Ini Identiti Di Sebalik Nama Peluru Berpandu Ayyash 250 1

Menerima gelaran Al-Muhandis (Sang Jurutera) daripada pihak Israel kerana kemahirannya, Yahya Ayyash menjadi salah seorang yang sangat dikehendaki Israel kerana pengeboman yang beliau rancang pernah menyebabkan kematian sekitar 90 orang Israel.

Biarpun bahan-bahan letupan berkuasa tinggi lain sukar untuk diperoleh di wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza, Palestin, Yahya Ayyash mengkhususkan pembuatan bahan peledak daripada bahan mentah yang tersedia di daerah Palestin dengan menggunakan kombinasi aseton dan bahan peluntur yang mudah didapati di rumah. Apabila keduanya dicampurkan, tindak balas akan menjadikannya sebagai aseton peroksida, sejenis bahan letupan.

Identiti Yahya Ayyash terbongkar

Identiti Yahya Ayyash mula mendapat perhatian selepas satu operasi pengeboman di Ramat Ef’al gagal. Namanya diperoleh daripada tiga orang yang ditahan sehingga menjadikan beliau sebagai orang paling dikehendaki dan diburu pihak keselamatan Israel.

Sepanjang menjadi buruan, Yahya Ayyash berusaha melatih sebanyak mungkin jurutera baru untuk meneruskan kerjanya sekiranya beliau tertangkap atau terbunuh. Tiga tahun menjadi buruan dan berpindah randah, Yahya Ayyash akhirnya terbunuh semasa sedang berbual dengan ayahnya di telefon.

Kisah pembunuhan Yahya Ayyash

Susulan pembunuhan Perdana Menteri ke-5 Israel, Yitzhak Rabin akibat daripada penentangan usaha beliau dalam proses pengamanan dan pemeteraian Perjanjian Oslo dengan pihak Palestin oleh Yigal Amir pada 4 November 1995, Pihak Berkuasa Palestin mula bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Israel (Shin Beit) secara lebih erat.

Entah bagaimana (sehingga kini masih tidak diketahui), Agensi Keselamatan Israel mendapati Yahya Ayyash sering bermalam di rumah rakan karibnya dari zaman kanak-kanak, Osama Hamad di Gaza. Sebelum itu, pihak mereka juga beberapa kali berrusan dengan ayah saudara Osama, Kamil Hamad.

Pada Oktober 1995, salah seorang ejen Agensi Keselamatan Israel, mendekati Kamil untuk meminta bantuan membunuh Yahya Ayyash namun sebagai balasan Kamil mahukan kad pengenalan Israel untuk beliau dan isterinya.

Namun selepas diugut pihak Israel akan membongkarkan pengkhianatannya, Kamil akur. Ejen tersebut memberikan Kamil sebuah telefon bimbit yang sudah pun dipasang pepijat yang boleh mendengar perbualan Yahya Ayyash, namun tanpa pengetahuan Kamil telefon tersebut juga dipasang dengan 15 gram bahan peledak RDX.

Telefon diserahkan kepada Osama yang tidak mengetahui pengkhianatan Kamil yang sedia maklum Yahya Ayyash akan menggunakan telefon Osman sebagai medium perhubungan beliau dengan ayahnya.

Pada 5 Januari 1996, jam 8 pagi waktu tempatan, ayah Yahya Ayyash telah menghubunginya menerusi telefon bimbit tersebut. Sebuah pesawat Israel yang mendengar perbualan tersebut telah memaklumkan kepada bahagian pos arahan Israel.

Selepas memastikan yang Yahya Ayyash memang sedang menggunakan telefon bimbit tersebut, Agensi Keselamatan Israel kemudiannya meledakkan telefon bimbit berkenaan dari jauh dan menyebabkan Yahya Ayyash terkorban.

Yahya Ayyash sebagai WIRA

Terkorban disebabkan pengkhianatan, Yahya Ayyash diangkat sebagai wira sehingga Pihak Berkuasa Palestin menamakan sebatang jalan di Ramallah pada April 2010 sempena dengan namanya. Malah ada juga jalan-jalan di Jenin dan Beit Lahiya serta dataran di Jericho yang dinamakan sempena Yahya Ayyash sebagai penghormatan kepada beliau.

Namun usaha penghormatan itu dikecam Israel, Amerika Syarikat dan Kanada sebagai satu pengagungan melampau terhadap keganasan.

Semasa pengebumiannya, dilaporkan seramai 100,000 orang Palestin hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Yahya Ayyash

Sumber:

  1. Malaysia Gazette
  2. Middle East Eye
  3. Yahya Ayyash