
Mamat Khalid: Koronavirus Dan Landskap Politik Jejas Kutipan Filem ‘Rock 4: Rockers Never Dai’
Pengarah dan penulis skrip filem Rock 4: Rockers Never Dai, Mamat Khalid tidak menolak kemungkinan wabak koronavirus yang sedang melanda dunia termasuklah Malaysia menjadi punca kepada terjejasnya sambutan filemnya.
“Saya tak nafikan dengan keadaan penularan wabak Covid-19, sedikit sebanyak membuatkan orang takut untuk keluar berkunjung ke tempat awam.
Selain masalah Covid-19, mungkin situasi politik tanah air juga membuatkan orang risau untuk keluar dari rumah memandangkan, ada beberapa kumpulan yang mengadakan tunjuk perasaan dan sebagainya.
Saya sendiri pun terkejut apabila keluar dan melihat betapa lengangnya keadaan di pekan dan bandar. Jadi, tak mustahil dua situasi ini membuatkan orang ramai tak keluar.”
Sudah mula ditayangkan 20 Februari lalu, filem Rock 4: Rockers Never Dai merupakan naskhah arahan oleh Mamat Khalid walaupun beliau dalam keadaan tidak sihat.

Menampilkan barisan-barisan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim dan Kamarool Yusof sebagai bintang undangan, filem terbitan Primeworks Studios ini turut dibintangi Hazama, Bulan Terry, Sharwani NS, Adam John dan Nazimi Fahmi.
BACA: Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus
Terdahulu, pemilik nama Mohamad bin Mohd Khalid yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi yang turut merupakan adik kepada kartunis Lat gemar mewujudkan banyak watak yang disifatkan mempunyai kaitan dengan senario politik negara termasuk soal rasuah atau ketidakadilan dalam menjalankan amanah masing-masing.
Sumber: Harian Metro