Banduan Rogol Anak Sendiri

‘Malu Dan Jijik Dengan Diri Kerana Rogol Anak Sendiri’ – Kisah Banduan Tertua Di Penjara Marang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah banduan menyesali perbuatan silam merogol anak sendiri.

Kanak-kanak, remaja malah yang sudah dewasa di negara ini menjadi mangsa tertinggi kes sumbang mahram dan lebih membimbangkan ialah pelaku jenayah berkenaan adalah bapa kandung mereka sendiri.

Pelaku tertinggi jenayah ini adalah bapa mangsa sendiri yang mewakili hampir separuh peratus daripada keseluruhan kes, diikuti bapa tiri, bapa saudara dan abang kandung.

Jarang sekali kita dikongsikan dengan kisah perogol menyesali kisah silamnya. Kisah ini diceritakan sendiri seorang banduan tertua di Penjara Marang yang menjalani hukuman atas jenayah rogol yang dilakukannya.

Pak Husin (bukan nama sebenar) sudah menjangkau usia 70 tahun sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun dan lima tahun lagi sebelum dibebaskan selepas tempoh hukuman berakhir.

Akuinya, selama hidup di balik tirai besi, dia banyak melakukan solat Taubat dan menyesali perbuatan lalu kerana menghancurkan hidup sendiri serta keluarga.

“Jika boleh saya ingin menghabiskan penghujung usia ini dengan anak. Saya bersyukur keluarga menerima dan memaafkan kesalahan saya.

“Apabila difikirkan, saya rasa malu dan jijik dengan diri sendiri kerana tergamak merogol anak sendiri,” katanya.

Hasratnya mahu memulakan kehidupan baharu bersama keluarga apabila dibebaskan nanti dan mengecap kembali kemanisan bersama insan tersayang yang banyak ditinggalkan.

Katanya, dia juga mahu meneruskan apa yang dipelajari dalam penjara apabila keluar nanti terutama mencari bekalan untuk dibawa menghadap Ilahi.

Setahun dalam penjara, Pak Husin mencapai ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Allah, bangun solat malam dan membaca Al-Quran.

Menyesali atas perbuatannya, Pak Husin berharap semua urusan dipermudahkan dan kembali semula ke pangkuan keluarga.

Banduan Rogol Anak Sendiri
Sumber: Harian Metro

Punca utama kes sumbang mahram

Menurut sumber, kebanyakan kes sumbang mahram direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlaku dalam keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dengan keruntuhan institusi keluarga yang saling berkait dengan faktor ekonomi, pendidikan dan pengaruh persekitaran menjadi antara punca utama.

Apabila ekonomi keluarga tidak stabil, ia menyebabkan anak menjadi sasaran mudah jenayah sumbang mahram. Misalnya, keluarga yang terpaksa mendiamai rumah tanpa bilik, menyebabkan anak menjadi sasaran mudah jenayah berkenaan.

Aliran jenayah sumbang mahram menunjukkan pentingnya aspek ilmu pengetahuna serta menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan keluarga.

Sumber: Harian Metro

BACA: Pembuat Filem Ini Cadang Kerajaan India ‘Halalkan’ Jenayah Rogol