Media Diminta Jangan Sensasikan Kes Bunuh Diir

Malaysian Mental Care Association Tegur Pengamal Media Jangan Sensasikan Kes B*nuh Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berkenaan dengan kes b*nuh diri yang melibatkan seorang pelajar di Georgetown, ramai media yang tampil melaporkan berita berkenaan di portal dan laman masing-masing.

Tampil menegur semua pengamal media, Malaysian Mental Care Association telah memuat naik satu hantaran di Facebook mereka meminta agar pihak media berhenti mensensasikan kes yang melibatkan kejadian b*nuh diri.

Ini kerana, kajian daripada WHO mengesahkan bahawa laporan media tentang isu ini boleh membawa kepada tingkah laku yang sama.

Jadi ini menunjukkan bahawa laporan media boleh mempengaruhi trend kejadian kes b*nuh diri yang lain di samping men’trigger’ pesakit mental lain dengan laporan yang tidak beretika untuk turut melakukan hal yang sama.

Media Diminta Jangan Sensasikan Kes Bunuh Diri

Pihak mereka memberitahu, ada beberapa pelanggaran cara laporan media berkenaan kes b*nuh diri menurut Guidelines For Media Reporting On Suicide. Antaranya:

1. Segala objek dan kaedah untuk bunuh diri TIDAK BOLEH dikongsi di media. Ini adalah perkara paling asas dalam etika pelaporan berita berkaitan bunuh diri.

2. Laporan tidak sewajarnya meletakkan “kerja rumah” sebagai punca bunuh diri. Bunuh diri melibatkan interaksi kompleks antara masalah mental, masalah fizikal, konfik diri dan masalah keluarga. Masalah seperti bebanan kerja rumah BUKAN punca bunuh diri.

3. Sensitiviti keluarga mangsa sentiasa perlu dijaga. Elakkan meletak nama penuh dan maklumat mangsa dan keluarga dalam laporan.

4. Sentiasa kongsikan pautan untuk mana mana individu yang memerlukan bantuan psikologi seperti talian Briefenders dan NGO lain yang berkaitan.

BACA: Panggilan Telefon Befrienders Bantu Kurangkan Kesunyian Dan Rasa Ingin Bunuh Diri Rakyat Jepun

Isu kesihatan mental khususnya kejadian b*nuh diri TIDAK SEWAJARNYA disensasikan kerana ianya boleh menyebabkan perkara lain yang menyusul.

Media sebagai medium pemberitahuan informasi sepatutnya mencegah orang ramai daripada melakukan perbuatan tersebut, namun jika berita sebegini disensasikan dan disampaikan dalam keadaan yang tidak kena caranya ianya akan memabawa stigma bahawa b*nuh diri adalah perbuatan yang normal.

Media Diminta Jangan Sensasikan Kes Bunuh Diri 1

Apa yang pengamal media boleh lakukan untuk menyampaikan berita mengenai kes b*nuh diri?

  1. Ambil peluang didik masyarakat.
  2. Guna bahasa formal yang mudah serta tidak berbentuk sensasi.
  3. Berita tidak disiarkan di ruangan penting.
  4. Ulasan berita tanpa maklumat lengkap mengenai apa yang berlaku atau dilakukan.
  5. Letakkan lokasi kejadian yang umum (bukan spesifik).
  6. Headline yang bertanggungjawab.
  7. Berhati-hati dalam menggunakan gambar dan video footage.
  8. Berhati-hati lapor isu selebriti b*nuh diri.
  9. Hormati mangsa dan keluarga.
  10. Selitkan info cara mendapatkan bantuan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1632157726917437?__xts__%5B0%5D=68.ARBHXpe-iQIEXhMuzSSTRq5e08ukB7QrOgvuyYyMlDF7b31rluVRka5P0UNCoAuVuLFj7IYlhp25Xr1Oe8xSaXDtP0f9llEm4F8ro0-_zgDpF6eyG0SHlyyLk1gHv1ccyXyXJlL93yz6K7-3HrffMfOwOh_fBN43SUpWxsT-hQfEPbnRdlh28YS-qk3VCiPS-_G4Zmxfr6RFsmGdUJMyDB1lL3YQNEeBvYRFd5_nq9yigv_8tCBmLb_atz4esSQhHdUp9XlvnBZNSZCg2Oto9YdfvSB0E8Wrzze18S1Li0b1c6cJggo4yMaDRE37o5doCKCcswOcNH-4dJ_-O9zaN_5OQKCV&__tn__=-R

Jadi pengamal media, sama-sama kita menjaga etika dalam menyampaikan maklumat agar tiada yang mendapat kesan negatif daripada penyampaian maklumat anda.

Sumber: Malaysian Mental Care Association, Laman Minda

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1NKsmUHbvM/