Malaysia TV Islam

Malaysia, Turki Dan Pakistan Akan Lancarkan Saluran TV Islam Tangani Islamofobia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini membuat keputusan untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran yang disebabkan oleh Islamofobia.

Perdana Menteri Pakistan menulis ciapan di laman Twitter beliau menyatakan bahawa ketiga-tiga negara itu bersetuju untuk bersama-sama memulakan satu saluran khusus menangani isu Islamofobia dan memberikan gambaran benar tentang agama Islam.

Tambah Imran, saluran itu bertujuan untuk menghapuskan persepsi salah terhadap mereka yang selama ini menentang Muslim. Ia juga bertujuan memperbetul berita dan maklumat palsu yang memburuk-burukkan agama.

Ujar Perdana Menteri Pakitan itu lagi, rangkaian televisyen dan filem mengenai sejarah Islam akan diterbitkan bagi mendidik dan memberi maklumat sebenar kepada umat Islam dan penduduk di seluruh dunia.

Malaysia TV Islam
Sumber: Cage

Ketiga-tiga negara itu juga akan menggembleng tenaga, menambah usaha dan mempertingkatkan kebergantungan dari segi kemahiran, pengetahuan dan kepakaran dalam membentuk naratif yang positif tentang Islam.

Sumber: Astro Awani

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2T83avFIhm/