Dr Noor Hisham Doktor Terbaik Dunia

Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Kedua Terbaik ‘Anti-Pandemik’ Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam menangani pandemik COVID-19, Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas tersenarai sebagai salah sebuah negara contoh yang berjaya mengawal penularan wabak.

Kali ini, Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan selepas berada di kedudukan kedua selepas Taiwan dalam carta anti-pandemik hasil kajian sebuah pasukan kumpulan pemikir (think tank) dari Jepun.

Berita baik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah itu hasil daripada satu laporan akhbar China Press.

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3495288737161656?__xts__[0]=68.ARD0novMiX7DRoZEceD_LcIfJmMA9xAyMO3tAVofBvUi7dXgg9TsO1lYO0HkMrU3qgWhesxJNEfYxoXelbHr6RjLUvKCZcbl9qyNAi-p6xLbqv-7UQd6Uqz0GGWIAgNA-SJCN1Fhy3hZpt2LqmC0Pga-os-xydfD9gZO4RrXNAIwynsygma7e5zF4FIAIqvpbqdcrtAcrZXfYxuO0zmxc1w6yfwNkBhAvhwb3fD3zReRD-fHJYapqGhH6vBSwapFxQppJE6rUC_jEhusHJdHZXUh5yAd9wtBqEnf-7QffYJbOMfBbL7WoOP4VkSX800ONYoD6a7K5Dd6EjyydO-_GjsRLw&__tn__=-R

Menerusi beberapa penilaian, Malaysia berjaya mengumpul 144 mata, kurang 36 mata dari Taiwan yang berada di tangga pertama dengan keseluruhan mata 180 daripada mata penuh 200.

Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir, Banyak Kelonggaran Dijangka Menjelang Jun
Sumber: NST

Selain Malaysia, negara Asia Tenggara lain yang berjaya menduduki tangga dalam carta tersebut adalah Thailand dengan kutipan mata sebanyak 126 (tangga ke-4), di belakang Hong Kong yang berjaya mengutip 143 mata.

Manakala negara-negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan United Kingdom masing-masing mencatat kedudukan di tangga ke-5, ke-41 dan ke-23 dengan kutipan mata sebanyak 124, 24 dan 23.

  1. Taiwan (180)
  2. Malaysia (144)
  3. Hong Kong (143)
  4. Thailand (126)
  5. China, Korea Selatan (124)
  6. Australia (120)
  7. New Zealand (99)
  8. Jepun (95)
  9. Norway (90)

Kredibiliti Dr Noor Hisham dalam menentang pandemik COVID-19 tidak lagi boleh dipertikaikan.

Pada April lalu, beliau telah tersenarai sebagai salah seorang saintis dunia yang akan membanteras pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

BACA: Dr Noor Hisham Disenarai Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Tangani Krisis COVID-19

Kumpulan yang terdiri daripada 74 individu iaitu ahli fizik, saintis, penyumbang dana danpenggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari 30 buah negara meletakkan sepenuh komitmen dalam mencari penyelesaian keluar dari wabak berkenaan di kawasan yang kekurangan sumber.