
Malaysia Tersenarai Dalam ‘Top 3’ Negara Asia Tenggara Yang Mempunyai Hak Kebebasan Media
Kebebasan media atau kebebasan akhbar merupakan unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Akhbar menjadi medium menyampaikan maklumat atau suara rakyat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh daripada pihak tertentu sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
Di Malaysia, kebebasan media tidaklah sebebas negara Barat yang lain, namun ianya adalah lebih baik daripada beberapa buah negara Asia Tenggara yang lain. Perubahan pentadbiran kerajaan yang berlaku pada tahun lalu dikatakan menjadi punca kepada peningkatan kedudukan hak kebebasan media dalam senarai dunia.
Kajian Press Freedom 2019 dari Reporters Without Borders yang berbentuk soal selidik kepada organisasi akhbar negara bertanyakan mengenai pluralisme, kemerdekaan media, persekitaran dan penapisan sendiri, kerangka perundangan, ketelusan dan infrastruktur bagi mencerminkan tahap kebebasan media di sesebuah negara.
Kajian ini hanya melihat kepada kebebasan media dan tidak mengukur kualiti kewartawanan atau melihat pelanggaran hak asasi manusia secara umum. Soal selidik ini turut mengambil kira rangka kerja undang-undang untuk media (termasuk penalti, monopoli negara untuk jenis media, dan cara media dikawal) dan tahap kemerdekaan media awam termasuklah aliran maklumat bebas di internet.
Pada 2018, kebebasan hak media di dunia meletakkan Malaysia di kedudukan 145 telah meningkat pada tahun ini ke kedudukan ke-123. Persekitaran untuk media bersuara tidak seketat dahulu dan media berhak menawarkan berita kepada masyarakat dari pelbagai sudut pandang selagi masih tidak melanggar Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Manakala pada kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga ke-2 selepas Timor Laste dan mendahului negara-negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Singapura, Brunei, Laos dan Vietnam.
Untuk lihat senarai penuh, anda bolehlah lawati laman Reporters Without Borders DI SINI.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1geJmmH9e7/