
Malaysia Terima Kecaman Potong Babak Gay Dalam Filem ‘Rocketman’
Filem Rocketman yang ditayangkan di Malaysia menerima kritikan beberapa individu gara-gara memotong babak-babak gay di dalamnya. Filem yang mengisahkan mengenai kisah hidup Elton John telah dipotong beberapa babak, antaranya babak lakonan Taron Egerton bercium.
BACA: ‘Rocketman’ Sebuah Kisah Perjalanan Karier Muzik Elton John
Ketua Unit Filem Lembaga Pengawasan Filem Malaysia, Safaruddin Mohammad Ali memberitahu mereka tidak akan membenarkan apa-apa babak atau adegan yang mempromosikan LGBTQ+ ditayangkan di pawagam Malaysia.
Walaupun Elton John dikenali sebagai legenda dalam dunia muzik, namun ianya bukan menjadikan alasan untuk apa-apa sahaja aktiviti beliau yang ada di filem tersebut ditayangkan kepada umum di Malaysia.
Di pihak United International Pictures, mereka memahami dan menghormati peraturan yang ditetapkan kerajaan dan enggan mendedahkan berapa banyak adegan gay yang dipotong.
Meletakkan syarat tontonan 18 tahun ke atas, Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang majoriti rakyatnya Muslim dan mengenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara untuk kesalahan liwat (sodomy).
Seorang pengkritik seni Malaysia memberitahu perjuangan kerajaan Malaysia dalam menentang komuniti LGBTQ+ adalah satu perjuangan yang kalah dan menyifatkan Malaysia sebagai nanny state.
Jun lalu, Elton John mengkritik Rusia kerana menapis adegan seks gay dan dadah, manakala Samoa pula mengharamkan tayangannya gara-gara unsur homoseksual di dalamnya.
Sumber: The Sun Daily
Pelancaran JStarS dan KOLS.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.