Malaysia Cuti

Malaysia Tergolong Dalam ‘Top 10’ Negara Paling Banyak Cuti

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri di Malaysia bagi tahun 2023 kini telah pun dikeluarkan di laman web rasmi kerajaan. Inilah masanya untuk kita sama-sama merancang cuti untuk sepanjang tahun mengikut kalendar cuti umum di negara kita.

Kita sepatutnya berasa syukur dapat hidup dalam suasana aman damai dan harmoni dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama. Sudah tentu dalam menyambut banyak perayaan di negara kita, cuti umum pun pastilah banyak juga, kan?

Malaysia sebenarnya tergolong dalam ‘Top 10’ antara negara yang paling banyak cuti di dunia. Berikut merupakan pandangan yang dikongsikan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di Facebooknya mengenai keunikan negara kita ini dengan jumlah cuti tahunannya yang banyak.

Malaysia Cuti

MALAYSIA DAN CUTI

Malaysia negara kaya dengan cuti. Malahan tergolong Top 10 dunia negara banyak cuti.

Kita ada sehingga 20 hari cuti. Ada sesetengahnya hingga capai 25 hari setahun.

+ Tahun Baru Cina

+ Hari Raya Puasa

+ Hari pekerja

+ Hari wesak

+ Hari Keputeraan Agong

+ Raya Korban

+ Awal Muharram

+ Hari Kebangsaan

+ Hari Malaysia

+ MaulidurRasul

+ Deepavali

+ Krismas

Ini cuti umum. Belum kira lagi cuti by negeri contoh Nuzul Quran, Tahun Baru, Thaipusam dan lain lain.

BAGUS KE CUTI BANYAK?

Cuti banyak ni disukai golongan pekerja tapi majikan tak sukalah. Taknak komenlah mengenai pekerja sebab memang kebaikan tu sangat jelas. Cuma nak bagi faham kenapa cuti banyak tak disukai majikan tapi ada juga bisnes suka cuti banyak.

Akta Buruh tetapkan kena bayar 2x ganda jika kerja pada cuti umum. Kalau lebih 8 jam kerja kena 3x ganda. Jika dalam sektor pembuatan yang mana machine running 24/7 cuti umum banyak ni mestilah kos operasi akan meningkat.

Tapi tak semua buruk cuti banyak ni, ada some sector terutama pelancongan, kedai makan dan few others, jumlah jualan akan meningkat pada cuti umum. Hotel-hotel akan penuh kebanyakannya dan kedai makan popular pastinya akan full table jika cuti umum.

NEGARA BERBILANG KAUM

Inilah keunikan negara kita. Kenapa cuti banyak disebabkan kita terdiri daripada pelbagai kaum. Selain Melayu Cina dan India membentuk 3 core utama, kita ada pelbagai lagi kaum yang menjadikan Malaysia unik.

Berkenaan kenapa Deepavali hanya sehari tetapi Raya Cina dan Puasa 2 hari, ia berkaitan dengan jumlah penduduk yang meraikannya. Kalau ikut agama, agama Hindu berada di tangga ke-4 (6-7%) berbanding Islam (61%) Buddha (19%) dan Kristian (9%).

Berada di negara berbilang kaum dan agama ni, toleransi kena tinggi. Actually kalau tanya saya yang ada ramai juga kenalah berbilang kaum, kita actually ok je. Yang nampak buruk apabila dipolitikkan dan disensasikan oleh media.

Walhal kita yang disini rasa semuanya ok aman damai saling hormat menghormati satu sama lain.

Malaysia Cuti

Malaysia Cuti

Malaysia Cuti

BACA: Dewan Rakyat Perkenal Cuti Sakit Haid Untuk Wanita, Ramai Yang Tak Setuju?

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin