Malaysia Negara Ke-4 Di Dunia Paling Banyak Layari Laman Lucah Sepanjang COVID-19, Pertama Di Asia

Sumber: HypeMY

Malaysia negara ke-4 paling banyak layari laman web lucah di dunia, pertama di Asia.

Ketika dunia dilanda musibah wabak pandemik COVID-19, ramai yang menggunakan masa lapang yang ada susulan pelaksanaan perintah berkurung dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Namun dalam pada masa yang sama, tanpa sedar ada yang menggunakan peluang masa lapang ini dengan melakukan lebih banyak perkara tidak berfaedah seperti menonton video lucah.

Dalam satu statistik data yang dikeluarkan oleh Pornhub, nyata ianya amat mengejutkan kerana Malaysia berada di kedudukan ke-4 sebagai negara yang paling banyak carian di sana.

Kedudukan ini menjadikan Malaysia sebagai negara di kedudukan pertama di Asia yang melakukan carian bahan atau video-video tersebut di laman web tersebut!

Malaysia Negara Ke-4 Paling Banyak Layari Laman Lucah Sepanjang COVID-19 Di Dunia, Pertama Di Asia
Sumber: Soya Cincau

Ini bukanlah satu perkara yang wajar dibanggakan, malah ianya adalah sesuatu yang memalukan dan mencalarkan imej Malaysia sebagai negara menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Daripada data yang dikeluarkan ini, masyarakat perlu sedar dan cakna dengan keadaan yang semakin meruncing ini, terutamanya penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak yang masih di bawah umur.

BACA: Selain Miskin, Ini Enam Faktor Berlakunya Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia

Pada Januari 2018, Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang berada di kedudukan pertama untuk porn0grafi kanak-kanak dalam talian, dan sehingga kini isu perkahwinan bawah umur masih lagi diperjuangkan oleh aktivis-aktivis kemanusiaan.

Platform tersebut turut berkongsi video dengan tema koronavirus atau COVID-19 muncul buat pertama kalinya di laman web tersebut pada 25 Januari, dalam tempoh wabak pandemik ini mula menular ke negara dunia dan dalam tempoh masa 30 hari terakhir, lebih daripada 9.1 juta carian mengandungi carian kata ‘korona’ atau ‘COVID’ telah dilakukan pengguna.

Selain itu, laman web ini turut mendedahkan mereka mengalami peningkatan lalu lintas (traffic) sebanyak 11.6% pada 17 Mac, yang mana dalam tempoh itu sudah banyak negara mula menjalankan perintah kawalan pergerakan dan perintah berkurung termasuklah Malaysia yang mula menjalankan pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.

Malaysia Negara Ke-4 Paling Banyak Layari Laman Lucah Sepanjang COVID-19 Di Dunia, Pertama Di Asia 1
Sumber: Soya Cincau

Sumber: Soya Cincau