Malaysia Mula Tawarkan Ujian Pemeriksaan COVID-19 Secara Pandu Lalu

Malaysia Mula Tawarkan Ujian Pemeriksaan COVID-19 Secara Pandu Lalu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia mula tawarkan ujian pemeriksaan COVID-19 secara pandu lalu.

Bermula 2 Mac lalu, Hospital Pakar KPJ Damansara telah memulakan inisiatif menawarkan ujian saringan COVID-19 secara pandu lalu.

Hanya memerlukan masa sekitar lapan hingga 10 minit, ujian pemeriksaan COVID-19 ini merupakan satu-satunya ujian saringan yang tidak memerlukan temu janji.

Sejak mula dibuka, kira-kira 60 individu telah melakukan ujian saringan dan setakat ini sudah lebih 1,200 individu menggunakan perkhidmatan yang mana keptusannya dijangka siap dalam tempoh masa 24 ke 48 jam.

Dengan matlamat mahu mengurangkan kontak dengan indovidu lain, ujian ini menjadikannya lebih mudah buat orang ramai tanpa memerlukan mereka terdedah lebih kepada jangkitan wabak COVID-19.

Mengikut jejak langkah Hospital Pakar KPJ Damansara, beberapa pusat perkhidmatan perubatan di Malaysia mula menawarkan khidmat yang sama antaranya Pusat Perubatan Nilai serta Pusat Perubatan Mawar MMC di Seremban.

Malaysia Mula Tawarkan Ujian Pemeriksaan COVID-19 Secara Pandu Lalu 1
Sumber: CNA

Membahagikan laluan kepada dua stesen iaitu stesen pertama dikhaskan untuk pendaftaran, pembayaran, bacaan suhu badan, oksigen dan bacaan nadi, manakala di stesen kedua pula adalah ujian saringan COVID-19 yang terdiri daripada nasopharyngeal (hidung) dan oropharyngeal (tekak) yang kemudiannya akan berlaku rundingan serta sesi soal jawab antara pelanggan dengan pegawai bertugas.

Dengan bayaran sekitar RM580 untuk individu biasa dan RM500 untuk warga emas dan petugas kesihatan, langkah ini dimulakan dengan mengambil contoh yang berlaku di Korea Selatan.

BACA: Rahsia Korea Selatan Tangani Kes Jangkitan Baharu COVID-19 Tanpa Perlu Perintah Berkurung

Terdahulu, walaupun Korea Selatan merupakan antara negara yang mencatatkan kes jangkitan positif yang tinggi, kerajaan mereka tetap tidak menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan mahu pun berkurung.

Rahsia kepada keberjayaan mengawal kes jangkitan adalah kerana wujudnya kerjasama dan inisiatif sendiri daripada rakyat untuk melakukan penjarakkan sosial selain daripada beberapa langkah lain daripada kerajaan.

Buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ujian berkenaan, anda bolehlah layari laman web hospital berkenaan atau pun DI SINI.