tesla

Malaysia Menyambut Kedatangan Tesla

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jenama kereta elektrik ataupun EV terkenal dunia, Tesla nampaknya akan masuk ke pasaran Malaysia secara terus selepas ini.

Ini berikutan pengumuman daripada Tengku Zafrul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam satu hantaran Twitter beliau bahawa MITI telah meluluskan permohonan Tesla untuk membawa masuk kenderaan elektrik berbateri (BEV) ke Malaysia.

BACA: Tengku Zafrul Usaha Untuk Jadikan Kereta EV Mampu Milik

Syarikat kereta EV tersebut dilaporkan bakal menubuhkan Ibu Pejabat, Pusat Pengalaman & Servis Tesla, dan rangkaian Supercharger, pada masa yang sama mewujudkan pekerjaan mahir & bergaji lebih baik untuk rakyat Malaysia.

tesla

Mereka merupakan pemohon pertama bagi inisiatif global pendahulu BEV di MITI, sekaligus bakal merancakkan industri EV di Malaysia.

Syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk, salah seorang manusia terkaya di dunia juga pemilik salah satu syarikat sosial media yang terbesar di dunia, Twitter mula mendapat tempat di mata pengguna apabila menjadi pengeluar terbesar kereta EV di dunia.

Tesla Model 3 berjaya menjadi antara kereta paling selamat di dunia. Lebih menarik, model keluaran mereka lebih sukar untuk meletup berbanding model kereta biasa.