Malaysia Masih Belum Menang, Kes COVID-19 Dikesan Di 5 Pusat Beli Belah Terkenal Di Lembah Klang

Malaysia Masih Belum Menang, 5 Pusat Beli Belah Terkenal Dikesan Ada Kes COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia masih belum menang dalam memerangi wabak pandemik COVID-19.

BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia

Lihat sahaja, dalam tempoh 10 hari lalu beberapa kluster telah dikesan, malah melibatkan beberapa pusat beli belah terkenal di kawasan Lembah Klang.

Berikut merupakan pusat beli belah yang terlibat :

1. Suria KLCC

Pada 23 September lalu, pihak pengurusan Suria KLCC mendedahkan salah seorang ahli gim esklusif, Babel telah dikesan positif COVID-19.

Kes COVID-19 Dikesan Di Lima Pusat Beli Belah Lembah Klang Ini

Beliau yang pernah datang ke gim cawangan KLCC sebanyak empat kali dan dua kali di cawangan TTDI (antara 9-17 Sept) dikatakan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuklah ke zon berisiko tinggi sebelum disahkan positif pada tarikh berkenaan.

https://www.facebook.com/SuriaKLCCMall/posts/3456784051050167

2. The Linc KL

24 September lalu, pihak pengurusan The Linc KL memaklumkan salah seorang ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak yang mengikuti program setengah hari di Trinity Kids pada 17 September lalu telah positif COVID-19.

https://www.instagram.com/p/CFgQJnvJ7wo/?utm_source=ig_embed

3. NU Sentral

26 September lalu, pihak pengurusan NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Bagimanapun, mereka menyebut kes berkenaan dianggap sebagai terpencil dan telah dikendalikan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

https://www.facebook.com/nusentral/posts/3298831730194955

4. Sunway Pyramid

Pada hari yang sama juga, pihak pengurusan pusat beli belah Sunway Pyramid mengesahkan terdapatnya kes COVID-19 membabitkan seorang kakitangan sebuah premis barangan sukan di tingkat satu yang mempunyai ‘sejarah perjalanan’.

https://www.facebook.com/sunwaypyramid/posts/10158681797313794

5. KL Gateaway

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan KL Gateaway mendedahkan salah seorang staf di Menara Suezcap 1 Office dilaporkan telah positif COVID-19 pada 25 September lepas.

Namun pada 27 September, kakitangan berkenaan yang dikatakan baru pulang di Sabah telah disahkan negatif daripada wabak tersebut.

https://www.facebook.com/klgatewaymall/posts/1435813939946659

Susulan dengan peningkatan kes yang berlaku, rakyat Malaysia diingatkan agar tidak alpa mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak KKM.

Ingat semua, Malaysia masih belum menang!