Malaysia Sugar Daddy Ketiga Asia

Malaysia Lubuk ‘Sugar Daddy’, Dilapor Sebagai Negara Ketiga Tertinggi Di Asia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia Lubuk ‘Sugar Daddy’, Dilapor Sebagai Negara Ketiga Tertinggi Di Asia

Umum sedia maklum, istilah sugar daddy adalah merujuk kepada individu lelaki yang lebih berusia dan kaya yang boleh membekalkan segala keperluan ekonomi yang diperlukan oleh sugar baby.

Sebagai balasan sugar baby ini akan memberikan layanan kepada sugar daddy mereka dengan persetujuan bersama.

Perkataan sugar daddy mula berlegar dan menjadi buah mulut orang ramai di Malaysia ketika tercetus kontroversi beberapa papan iklan di kawasan Bangsar dan Mont Kiara mempromosi aplikasi ‘dating’ dalam talian, Sugarbook.

BACA: Aplikasi Temu Janji SugarBook, Cubaan Normalisasi ‘Pelacuran’ Gaya Moden?

Sebenarnya, kegiatan sugar daddy sudah lama bersarang di negara ini, cumanya tidak didedahkan kepada umum.

Malahan, kajian terkini mendapati Malaysia merupakan antara negara mempunyai bilangan sugar daddy tertinggi di Asia, menurut SeekingArrangement laman Sugar Dating terbesar dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

Iklan Sugar Daddy Di Kuala Lumpur
Sumber: FB

Ini disebabkan negara Asia menembusi kadar pendidikan tertinggi, menjadikan pelajar Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak berjumlah RM39 bilion sekali gus terdedah dengan trend berkenaan.

“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,” katanya dalam kenyataan.

Memetik sumber theasianparent, salah seorang warga Malaysia merupakan seorang pelajar menjadi sugar baby semata untuk membiayai kos pembelajarannya di Kuala Lumpur.

Ada dua jenis lelaki yang menjadi sugar daddy iaitu salt daddy – jenis ini selalunya pakcik tua yang berlagak kaya mahukan hubungan intim semata-mata, manakala potential sugar daddy pula lelaki yang ada ciri-ciri untuk jadi sugar daddy.

Kata Wade, hal ini tidak mengejutkan mengapa Asia menjadi lubuk sugar daddy untuk berpasangan terutama di kawasan bandar.

Berikut merupakan kedudukan negara Asia yang menjadi sarang sugar daddy:

1. India – 338,000
2. Indonesia – 60,250
3. Malaysia – 42,500
4. Jepun – 32,500
5. Hong Kong – 28,600
6. Taiwan – 27,300
7. Vietnam – 12,000
8. Korea Selatan – 7,000
9. Sri Lanka – 5,000
10. Kemboja – 3,500

Sumber: MalayMail