Malaysia layak piala asia

Malaysia Langkah Ke Pusingan Seterusnya Dengan Membenam Timor Leste

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia menepati lamaran apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dengan penuh bergaya apabila melakar kemenangan dengan agregat 12-2 ke atas Timor Leste dalam pusingan pertama.

Dalam aksi play-off kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, skuad negara menepati ramalan apabila membenam Timor Leste 5-1, empat hari selepas membelasah lawan yang sama 7-1.

Malaysia layak piala asia

Dalam aksi perlawanan semalam, pasukan Harimau Malaya dilihat menguasai penuh perlawanan tersebut sementara Timor Leste terus bergelut mencari rentak permainan.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menyertai senarai 40 pasukan terbaik Asia, dengan undian pusingan kedua kelayakan tersebut akan diadakan pada 17 Julai depan di Qatar.

Penyerang negara iaitu Shahrel Fikir Md Fauzi diangkat sebagai ‘Man of The Match’ dalam perlawanan tersebut selepas beraksi cemerlang dengan menjaringkan hatrik pada minit ke-11, 17 dan 64, manakala dua lagi jaringan Malaysia disempurnakan oleh Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid.

Malaysia layak piala asia
Sumber: FB FAM

Skuad Timor Leste hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja dalam perlawanan itu pada minit ke-71 menerusi tandukan Rufino untuk meletakkan kedudukan 1-5.

Pusingan kedua kelayakan dijadual berlangsung pada September ini, yang mana 40 pasukan akan dibahagi kepada lapan kumpulan dengan juara kumpulan dan empat pasukan kedua terbaik layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 serta slot automatik ke Piala Asia 2023.

Sumber: Utusan