
Malaysia-Indonesia Setuju Kawal Sempadan Guna Teknologi Dron
Makanan paling senang abad ini. Campak kesemua bahan dalam periuk apabila kuah sup steamboat sudah mendidih dan hanya perlu tunggu sekitar tiga ke lima minit sahaja. Sudahlah senang, cepat pula tu. Mana tidaknya makanan menjadi pilihan ramai orang yang ingin masak dalam tempoh masa singkat, senang, sedap dan mengenyangkan.
Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu anda elak dari lakukan semasa makan steambot.
1. Jangan cicah terlalu banyak kicap atau sos cili
Hanya dengan satu sudu makan, anda boleh tingkatkan pengambilan natrium 500mg sehingga 1,000mg. Kebanyakan makanan sudah ada rasa masin yang neutral; jika tawar berkemungkinan kerana terlebih rebus.

2. Elakkan makanan diproses
Elakkan daripada menggunakan makanan yang diproses seperti sosej, isi ketam, bebola dan sebagainya. Anda digalakkan menggunakan daging segar kerana kurang kandungan lemak dan natrium.
Makanan yang diproses bukan sahaja tinggi kandungan nitrit serta kurang nutrisi tetapi jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan pada darah kerana hemoglobin tidak mampu mengeluarkan oksigen secara berkesan ke tisu badan.
3. Jangan hirup terlalu banyak kuah sup
Selalu kita biarkan kuah mendidih lebih lama supaya rasanya lebih menyengat. Tetapi sebenarnya biarkan kuah mendidih dengan terlalu lama boleh meningkatkan kandungan nitritnya, tambah lagi dengan hampas yang digunakan memang sangat tidak elok untuk kesihatan.
4. Jangan gelojoh!
Jangan terlalu gelojoh. Beri masa kepada perut anda untuk memproses makanan. Jangan kerana mahu manfaatkan wang yang anda laburkan, anda bertukar sikap menjadi terlalu gelojoh.
5. Jangan tambah kepala udang
Memanglah kepala udang boleh menambah rasa sedap kuah, tetapi ingat rasa sedap tersebut datang bersama kandungan kolestrol yang tinggi. Pakar nutrisi hanya menggalakkan individu makan bahagian badan dan ekor udang sahaja kerana keduanya mengandungi kandungan protein dan zat besi yang baik.
Jadi, kalau ada peminat steamboat selalu buat lima perkara di atas, marilah kita ubah gaya pemakanan ke arah yang lebih sihat.
Sumber: Shape
Kalau peminat anime masuk sini, confirm rasa macam tak nak balik Malaysia punya.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/watch/?v=908961606161283
Trending now



