Malaysia Negara Paling Tertekan Untuk Memandu

Malaysia Disenarai Antara Negara Paling Tertekan Untuk Memandu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Boleh dikatakan semakin kerap kedengaran keluhan-keluhan pemandu negara kita kerana kesesakan lalu lintas yang cukup menyebalkan.

Perkara ini juga dibuktikan apabila sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Confused.com, menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara paling tertekan untuk memandu.

Tinjauan yang dilakukan itu telah mengambil kira faktor seperti kualiti jalan raya, tahap kesesakan, bilangan kamera kelajuan dan kemalangan maut sebelum memberikan setiap negara skor secara keseluruhan (dengan jumlah penuh 100 mata).

Dalam 48 negara yang dianalisis, Malaysia menduduki tangga kelapan dengan skor pemanduan tertekan sebanyak 72 sekali gus menjadikan negara kita sebagai wakil ASEAN yang paling teratas di dalam carta itu.

Manakala, bagi kualiti infrastruktur jalan raya, Malaysia mendapat 72.4, selain 22.93 untuk kategori kemalangan maut bagi setiap 100,000 penduduk.

Bilangan kereta setiap km jalan pula adalah 91.5 kenderaan dengan purata satu kamera kelajuan untuk setiap 995.88 km.

Sebagai perbandingan, Singapura menduduki tangga ketujuh belas dengan skor pemanduan yang tertekan sebanyak 63 manakala kemalangan maut di negara itu pula hanyalah 2.51 bagi setiap 100,000 penduduk.

Negara yang menduduki tangga pertama sebagai paling tertekan untuk memandu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun negara itu dilihat mempunyai infrastuktur jalan raya yang baik, namun pengalaman pemanduan di sana tidak seperti yang dibayangkan.

UAE mencatatkan skor sebanyak 88, bahka turut mencatatkan kadar kematian per populasi tertinggi iaitu 2,724.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Pendapatan RM2,500 Miskin Bandar

Laman Confused juga menyenaraikan 10 buah negara dengan bilangan kamera perangkap kelajuan tertinggi di dunia, kualiti jalan paling teruk dan negara yang kurang tekanan untuk memandu.

10 negara paling stress untuk dipandu

1. Emiriah Arab Bersatu (88/100)
2. Bulgaria (80/100)
3. Turki (78/100)
4. Itali (76/100)
5. Hong Kong (76/100)
6. Czech Republic (74/100)
7. Belgium (72/100)
8. Malaysia (72/100)
9. Brazil (71/100)
10. Argentina (71/100)

10 negara dengan kadar kematian paling tinggi per 100,000 populasi

1. Emiriah Arab Bersatu (2,724.33)
2. India (1,138.71)
3. Chile (980.94)
4. Hong Kong (216.16)
5. Turki (97.17)
6. Kanada (51.2)
7. China (41.11)
8. Netherlands (36.8)
9. Thailand (31.58)
10. Afrika Selatan (25.12)

10 negara kurang stress untuk dipandu

1. Denmark (27/100)
2. Finland (27/100)
3. Jepun (28/100)
4. Sepanyol (28/100)
5. Arab Saudi (29/100)
6. Australia (29/100)
7. Amerika Syarikat (30/100)
8. Sweden (33/100)
9. Hungary (35/100)
10. Slovakia (36/100)

10 negara paling banyak kamera perangkap kelajuan (satu untuk setiap x km)

1. Hong Kong (0.17)
2. Emiriah Arab Bersatu (1.45)
3. Singapura (12.59)
4. Turki (37.02)
5. Belgium (42.02)
6. Itali (43.53)
7. Czech Republic (52.15)
8. United Kingdom (54.72)
9. Austria (91.48)
10. Bulgaria (100.06)

10 negara dengan kualiti jalan paling teruk (per 100)

1. Zimbabwe (30.6)
2. Romania (32.6)
3. Brazil (33.5)
4. Peru (36.4)
5. Colombia (39.7)
6. Bulgaria (40.2)
7. Argentina (43.4)
8. Filipina (44.8)
9. Iran (48.1)
10. Czech Republic (48.5)

Sumber: Confused