
Malaysia Bakal Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Ujian Konsep Bermula 2022
Malaysia Bakal Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Ujian Konsep Bermula 2022.
Kesesakan di lebuh raya sekitar Malaysia apabila tiba waktu puncak atau cuti umum adalah disebabkan kepadatan kereta di laluan plaza tol berpalang.
Negara jiran seperti Singapura telah pun menggunakan sistem tol tanpa palang menerusi teknologi pengimbas laser yang mana pengguna jalan raya tidak perlu memperlahankan atau menghentikan kenderaan ketika melintasi alat pengimbas.
Mungkin sistem yang amat memudahkan pengguna jalan raya ini bakal dirasai rakyat di sini tidak lama lagi apabila konsep ini juga bakal diuji di lebuh raya Malaysia.

Syarikat Green Packet dan FETC International Co (FETCi) mengumumkan perancangan mereka untuk menguji dan membuktikan keberkesanan sistem tol tanpa palang di lebuhraya Malaysia yang dijadualkan bermula pada awal tahun 2022.
FETCi adalah pakar RFID dan Free-Flow Tolling yang telah melaksanakan beberapa sistem tol tanpa palang di negara-negara Asia yang lain dan akan menyediakan peralatan dan kepakaran dalam pelaksanaan sistem ini.
Memetik sumber The Star, syarikat berkenaan akan menjalankan ujian pertama sistem tol aliran bebas lorong di Besraya KM5.5 (North Bound) dan dijadualkan untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal 2022.
Kemudian, data yang telah dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa untuk membuktikan keberkesanan Sistem Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).
“Ujian konsep MLFF adalah proses penting untuk mencapai keadaan lebuh raya-bebas kesesakan melalui infrastruktur lalu lintas yang lebih baik, seperti yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia (ITS) Kementerian Kerja Raya.
“FETCi bertindak sebagai pengenal frekuensi radio (RFID) dan pakar tol bebas aliran yang telah memasang beberapa sistem MLFF di negara-negara Asia lain, akan menyediakan peralatan dan kepakaran front-end dalam pelaksanaan MLFF,” kata Green Packet dalam kenyataan itu.
Untuk info, Green Packet pernah terlibat dalam pelaksanaan teknologi pembayaran tanpa tunai dan hanya menggunakan pengecaman sahaja di stesen minyak terbaharu, Five.
Sumber: TheStar
One comment
Comments are closed.
[…] Buat masa ini, syarikat Green Packet dan FETC International Co (FETCi) yang bertanggungjawab untuk menguji dan membuktikan keberkesanan sistem tol tanpa palang di lebuhraya Malaysia. […]