Malas Urus, Bapa Goreng Ikan Kelisa Bernilai RM600 Tanpa Pengetahuan Anak

Bapa Ikan Kelisa Goreng

Buat mereka yang gemar membela ikan hiasan, pasti tidak asing lagi dengan ikan kelisa atau arowana yang dikatakan antara ikan belaan termahal di dunia.

Kelisa, juga dikenali sebagai ‘ikan naga’ dalam masyarakat Cina dan ia bukan haiwan peliharaan biasa. Ikan hiasan ini boleh membesar sehingga sekitar 3 kaki panjang menjadi ikan paling unik kerana pesonanya sahaja.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Sukoharjo di sini pasrah kehilangan ikan arowana emas peliharaannya yang boleh mencecah pada harga Rp 2 juta (RM600).

Ikan kesayangan yang dibeli Bayu empat tahun lalu bukan dicuri sebaliknya digoreng oleh ayahnya, lapor Tribun News.

Pemilik ikan itu, menerusi akaun Instagram @mas_bayu_oky mengatakan, dia membeli ikan itu di Cikarang sebelum membawa ke rumah keluarganya di Solo pada dua tahun lalu.

Namun, dia tidak menyangka bapanya akan menggoreng ikan tersebut atas alasan malas untuk menguruskannya. Katanya, sejak itu ikan berkenaan tidak dijaga dengan baik, malah hanya diberi makan cicak.

Bapa Ikan Kelisa Goreng

“Semasa beli ikan ini pada harga hanya Rp 800 ribu (RM241) tetapi kini mencecah Rp 2 juta. Ikan ini cepat membesar.

“Saya membawa ikan itu ke rumah orang tua kerana akuarium di rumah saya bersaiz kecil tapi tidak sangka ayah menggorengnya tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Menurutnya, berita sedih itu dimaklumkan adiknya dengan menghantar beberapa keping gambar ikan arowana sedang digoreng dan pasrah atas kejadian yang berlaku.

Katanya, ikan itu hanya dinikmati bapa manakala ahli keluarga lain tidak menjamahnya.

Segelintir orang sanggup memakan ikan peliharaannya sendiri apabila sudah sampai masa. Zaman dahulu, ikan kelisa sering ditangkap untuk dijadikan lauk, terutama oleh penduduk Orang Asli.

Apabila diketahui akan nilai komersial ikan kelisa yang jika dijual sebagai ikan hiasan boleh cecah ribuan ringgit seekor (walaupun sebesar 3cm), jadi semakin kurang ikan hiasan ini dijadikan hidangan.

Sumber: Tribun News