
Malam Halloween Bertukar Tragedi, Lelaki Berkostum ‘Joker’ Cederakan Orang Ramai & Bakar Tren
Bagaikan dalam filem thriller, seorang lelaki berpakaian seperti watak penjahat, ‘Joker’ mengundang kekecohan apabila melakukan satu serangan pisau dan kebakaran di sebuah tren di Tokyo pada Ahad (31 Oktober).
Media Jepun melaporkan, sekurang-kurangnya 17 individu cedera dan seorang lagi dalam keadaan parah.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di dalam sebuah tren yang sedang bergerak di laluan Keio Line menuju ke pusat bandar dipercayai untuk ke perhimpunan Halloween.
Pihak polis telah menahan lelaki berusia 24 tahun itu, yang dikenali sebagai Kyota Hattori di tempat kejadian. Seorang penumpang lelaki berusia 70-an berada dalam keadaan kritikal selepas cedera parah ditikam.
A 24-year-old man dressed in Batman's Joker costume attacked passengers on a Tokyo train line, injuring 17 people as many partygoers headed into the city center for Halloween gatherings https://t.co/CR9J5sM6eY pic.twitter.com/Eg7pNmLoaK
— Reuters (@Reuters) October 31, 2021
Lelaki itu mengatakan ‘mahu membunuh orang agar diberi hukuman mati’ sebelum mencetus kebakaran di tempat kejadian. Caranya belum jelas tetapi laporan-laporan media menyatakan lelaki itu menuang cecair di sekeliling gerabak.
Satu video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan orang ramai memanjat keluar dari tingkap untuk melarikan diri sebelum satu letupan kecil berlaku di dalam tren berkenaan.

“Saya ingatkan ia hanyalah satu ‘stunt’ Halloween. Namun kemudiannya, saya terlihat seorang lelaki berpakaian Joker menuju ke arah kami sambil menghayunkan pisau panjang yang mempunyai kesan darah,” kata seorang saksi.
Satu lagi rakaman tular yang lain memaparkan lelaki berkenaan sedang duduk tenang sambil menghisap rokok selepas melakukan kekecohan di dalam tren yang mana pada waktu itu pihak berkuasa sudah pun mengepung gerabak berkenaan.
🚨 #BREAKING – #Tokyo | #Japan#UPDATE on the Keiō train station attack
Video shows the alleged attacker moments before he attacked people on the train with a knife and tried to set the train on fire. Reports are saying he was dressed as “the Joker”pic.twitter.com/qD9aphzBtn
— 𝕄𝕣.𝕄𝕦𝕘𝕖𝕟🎅🏻 (@iam_mugen) October 31, 2021
Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun tetapi pada Ogos, sembilan individu cedera, dengan satu orang parah, menyusuli serangan tikaman di sebuah tren penumpang di Tokyo.
Jepun mempunyai undang-undang senjata api yang tegas tetapi terdapat jenayah keganasan yang sekali sekala berlaku membabitkan senjata lain.
BACA: Serang Dalam Tren, Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Bahagia’
Lepas soal siasat, lelaki ni cakap dia admire Joker dalam Batman, so sebab tu dia dress up ala2 Joker masa kejadian. Dah plan dari bulan 6 nak buat mass murder & pilih tarikh semalam sebab Halloween night, confirm ramai orang dalam train & he was right. https://t.co/yrJhoY4jIv
— PS Starbucks Jepun awak (@pja_chan) November 1, 2021
Sumber: Reuters
Trending now



