
Maksud Di Sebalik Warna Dan Jenis-Jenis Papan Tanda Lebuh Raya Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu
Ketika memandu di jalan raya dan lebuh raya di Malaysia ini, sudah pasti kita terjumpa dengan pelbagai jenis papan tanda dengan beraneka jenis warna.
Selalunya kita hanya tahu membaca sahaja tanpa benar-benar memahami maksud di sebalik jenis-jenis papan tanda tersebut.
Ada yang berwarna hijau, biru, maroon dengan pelbagai jenis warna tulisan dan singkatan lagi yang digunakan untuk rujukan pengguna jalan raya.
Kadang-kadang, kita juga seolah-olah berasa amat yakin, tetapi bila ditanya oleh anak-anak, mula menggelabah nak jawab sebab sebenarnya kita sendiri pun tak pasti, kan?
Terima kasih kepada Altimat Auto Garage yang telah membuat perkongsian yang amat berguna ini di laman Facebooknya untuk kemudahan kita bersama.

Ketika sedang memandu terutama di jalan-jalan utama, kita akan lihat pelbagai jenis papan tanda dengan berbagai warna. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apa maksud warna pada tulisan dan papan tanda ini?
Okey, jom kami kongsikan maksud warna untuk beberapa papan tanda yang sering kita lihat.
- Papan Tanda Biru
Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol sama ada atas jalan raya persekutuan, negeri atau perbandaran.
- Papan Tanda Hijau
Ini pula papan tanda yang menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya.
- Huruf ‘E’
‘E’ ialah singkatan kepada perkataan Expressway, iaitu lebuh raya. Huruf ‘E’ bertujuan memaklumkan yang anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya.
- Nama Kuning
Tulisan kuning pada papan tanda biru untuk nama jalan.
- Nama Putih
Tulisan putih papan tanda biru untuk nama bandar dan kawasan.
- Nama Putih, papan tanda Maroon
Bermaksud destinasi perlancongan.
- Nama kuning, papan tanda hijau
Bermaksud untuk bangunan Kerajaan.
Ada banyak lagi maklumat berkaitan papan tanda yang kita perlu tahu. Insya-Allah kami akan kongsikan pada muat naik kami yang akan datang.
Selain berkongsi hal-hal berkaitan teknikal kereta, kami juga akan kongsikan info umum yang berkaitan dan bersesuaian agar kami lebih pelbagai dalam memberi informasi.
Semoga bermanfaat.
#altimatautogarage #altimatbengkelkereta #Bengkelkeretapilihan #infotips
BACA: ‘Banyak Brand Besar’ – 100 Papan Iklan Sepanjang Lebuhraya PLUS Didapati Tiada Lesen
Sumber: Altimat Auto Garage