
Makin Popular Di TikTok Dan Instagram, Ini Maksud Di Sebalik Lagu ‘Bang Jago’
Makin Popular Di TikTok Dan Instagram, Ini Maksud Di Sebalik Lagu ‘Bang Jago’.
Tidak dinafikan, aplikasi dari China iaitu TikTok telah banyak mengubah landskap muzik sedunia.
Ada sahaja lagu yang kurang dikenali menjadi terkenal dan tular di seluruh dunia gara-gara sering diguna sebagai lagu latar belakang oleh pengguna TikTok.
Jika sebelum ini trend dengan lagu Lathi, Mi Pan dan Kopi Dangdut, netizen kini ‘tergila-gilakan’ lagu Ampun Bang Jago yang kini turut diperdengarkan dan dimainkan di Instagram Story.
BACA: Tular Kerana ‘Lathi Challenge’, Ini Makna Di Sebalik Lagu Yang Dianggap Seram
Apabila diselidik, lagu tular dengan lirik ‘Ampun Bang Jago, Sorry Bang Jago‘ itu berasal daripada lagu Indonesia yang berjudul Ampun Bang Jago.
Lagu Ampun Bang Jago dihasilkan oleh pemuzik dance/ elektronik Tian Strom & Ever Slkr. Muzik video itu dimuat naik di laman YouTube pada 12 September 2020 dan kini telah mencecah lebih empat juta tontonan.
Yang membuatkan lagu ini popular terutama dalam kalangan anak muda kerana ia turut menampilkan dance step tersendiri. Patutlah lagu ini sering dimainkan oleh pengguna TikTok.
— cikb havoc (@HavocCikb) October 19, 2020
Siapa sebenarnya Bang Jago?
Menurut sumber portal Indonesia, perkataan Bang Jago ini mempunyai maksud tersendiri dalam kalangan pengguna media sosial. Bang Jago digunakan oleh rakyat Indonesia untuk mengakhiri perbualan yang mengejek, terhadap orang yang merasa dirinya paling hebat, sombong ataupun merasa dirinya nombor satu.
Misalnya, jika anda sedang berdebat dengan seseorang, lalu dibalas dengan kata-kata, “Okay, bang jago.” orang itu akan merasa marah atau kesal kerana dipanggil Bang Jago.
Malah, lirik lagu Ampun Bang Jago ini juga sebenarnya merupakan kata sindiran terhadap orang lain yang merasa dirinya hebat.
Kini populariti Bang Jago turut mempengaruhi netizen Malaysia. Sama ada populariti Bang Jago akan bertahan lama di dua media sosial tersebut atau pun tidak, itu kami sendiri tak boleh jangkakan.
Namun, buat masa ini ramai masih obses dengannya.