
Makhluk Halus ‘Tinggal’ Dalam Perut, Cara Mudah Untuk Kesan Menurut Perubatan Islam
Sering kali kita dengar banyak kisah orang yang kerap mengalami sakit di bahagian perut tetapi masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya.
Meskipun sudah banyak mengeluarkan kos rawatan untuk menemui doktor dan pelbagai jenis ubat telah dicuba, namun anehnya ‘penyakit’ itu masih ada.
Bagi mereka yang ingin mencuba kaedah rawatan perubatan Islam, bolehlah merujuk satu hantaran yang dibuat oleh Nahar Efendy Noordin di Facebooknya.
Insya-Allah, sama-samalah kita bertawakal dan berdoa agar diizinkan oleh-Nya.

Cara mudah untuk kesan jika ada makhluk halus tinggal di dalam perut anda.
Ramai yang hadapi masalah kembung perut, senak ulu hati, banyak angin dalam perut. Bila pergi buat pemeriksaan doktor, tiada apa masalah. Cuma doktor cakap ia adalah gastrik sahaja.
Bila balik rumah makan ubat gastrik, masih juga sakit. Perut seolah memulas-mulas, seolah dihiris kesakitan. Angin pula banyak dalam perut. Makan ubat pecah angin, minum halia, tetap juga kembung perut.
Belakang bahu, tengkuk kerap rasa lenguh dan berat. Kitaran haid pula jadi tak menentu. Kadang-kadang banyak keluar, kadang-kadang sedikit keluar, kadang-kadang berpanjangan keluar, kadang-kadang langsung tiada keluar. Pergi pakar sakit puan, semua okey dan semuanya normal.
Jika anda mengalami seperti di atas, jika anda seorang wanita, suruh suami yang buatkan.
Manakala jika anda lelaki, sebaiknya suruh lelaki yang buatkan.
Caranya:
Letakkan tapak tangan suami di perut. Beritahu suami di mana kawasan perut yang selalu rasa berdenyut-denyut dan sakit. Letakkan di tempat sakit tersebut.
Kemudian suruh suami baca:
Al-Fatihah (11 kali),
Kemudian, baca Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah (11 kali),
Al-Falaq (7 kali),
Al-Ikhlas (7 kali),
dan selawat (7 kali).
Semasa letakkan tangan tu, pastikan tekan sedikit pada perut yang sakit itu. Jangan kuat tekan, hanya sedikit sahaja. Jangan angkat tangan selagi ayat di atas tidak dibaca dengan habis.
Sekiranya ada gangguan dalam perut, perut anda akan rasa panas, pijau, sakit seperti dihiris-hiris, sedawa tidak henti, nak muntah dan sesak nafas.
Jika anda mengalami tanda-tanda di atas semasa diruqyah, nasihat saya dapatkanlah rawatan Islam segera di pusat rawatan Islam berhampiran anda. Insya-Allah, izin Allah mereka akan bantu anda.
Cara di atas semua sebagai ikhtiar, kesembuhan semua atas izin Allah. Cubalah buat jika ada gangguan, pasti anda akan merasainya.
Moga bermafaat pada kita semua. Insya-Allah, Amin.
Koleksi Perubatan Islam: https://shp.ee/77nshim
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
BACA: Kesan Lebam Di Anggota Badan, Angkara Makhluk Halus Atau Penyakit?
Kredit: Nahar Efendy Noordin