
Ayam Dilonggok Atas Dapur, Cara Penyediaan Makanan Restoran Terkenal Ini Buat Netizen ‘Kembang Tekak’
Kebersihan merupakan salah satu faktor utama yang dipentingkan dalam setiap operasi penyediaan makanan namun bagi sebuah restoran terkenal yang dipercayai di Kampung Baru, Kuala Lumpur mungkin tidak begitu mengamalkannya.
Tindakan pekerja restoran yang merenjis air kotor dari baldi ke dalam kuali yang dipenuhi minyak masakan, hidangan ayam terdedah dan berlonggok di atas dapur menerusi beberapa rakaman yang dimuat naik di TikTok telah menimbulkan reaksi kurang senang netizen.
Selain itu, satu lagi rakaman menunjukkan seorang pekerja sedang melenyekkan kentang di dalam periuk yang diletakkan di atas lantai basah dengan menggunakan botol.
Difahamkan, video tersebut dikongsikan oleh pekerja kedai terbabit namun telah dipadam di platform berkenaan selepas menerima kecaman ramai tetapi sempat di muat naik semula netizen di media sosial lain.
Diorang kata dekat komen ni dekat HR Steak House Kg. Baru. 🤢 korang pernah pergi? pic.twitter.com/d85xUmCpKq
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Rata-rata netizen yang melihat video terbabit berasa jijik dan mengecam etika penyediaan makanan dan kebersihan restoran itu.
Ada yang menceritakan kembali pengalaman mereka ketika menjamu selera di sana yang tidak menyangkakan kejadian yang berlaku di sebalik dapur restoran ternama ini.

“Kembang tekak lepas tengok. Kali terakhir pergi tak ingat bila tapi bertahun dah tidak makan di sini. Hairan juga kerana setiap malam dikunjungi ramai orang.”
“Banyak sangat kesalahan mereka. Kalau KKM datang, tutup terus. Apron tak pakai, topi/hairnet tiada, kotor, makanan terdedah, membuat kerja di atas lantai, lantai basah.”
Dalam perkembang terbaharu, pemilik video tampil memberi penjelasan meminta netizen tidak salah faham dan memohon maaf menerusi akaun TikTok miliknya.
Katanya, dia menyiram air dari baldi ke dalam minyak yang sudah kotor sebelum menukar minyak baharu.
Orang ramai berharap restoran berkenaan dikenakan tindakan segera daripada pihak berwajib.
BACA: Kesucian Halal Restoran ‘Pork Free’: Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?
Trending now



