
Makan Kos RM150 Juta, Ini Sebab Kenapa Rakyat Tolak Perkampungan Al-Quran Putrajaya
Akhir Julai lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang akan dibangunkan dengan kos sekitar RM150 juta.
Kata beliau, perkampungan tersebut akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan Al-Quran yang mana akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah tempat bagaimana ilmu Al-Quran itu dapat dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk yang lebih berkesan dan bermakna.

Bukan sekadar masjid, perkampungan ini turut akan menempatkan beberapa studio, asrama, pusat acara pasar dan sebagainya yang akan digunakan untuk mengupas ilmu-ilmu Al-Quran dalam pelbagai bentuk dan aspek termasuklah percetakan dan pembelajaran.
Alhamdulillah rekabentuk QURANIC VILLAGE telah hampir siap.Pada dasarnya kjaan sudah setuju.Peruntukan awal sudah di luluskan dan tapak 20 ekar juga sudah di luluskan.Kita akan memulakan pembinaan 2021 insyaalah.Satu satunya projek di dunia Islam..biar Malaysia mempeloporinya.. pic.twitter.com/3srijLP3gz
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 30, 2020
Walaupun idea untuk membina perkampungan ini bagus, namun buat masa sekarang ianya bukanlah satu idea yang baik dan bernas untuk dilaksanakan pada pandangan rakyat.
Dalam keadaan ekonomi yang memburuk disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum surut, setiap pengeluaran perbelanjaan yang dibuat perlulah mengambil kira kepentingan rakyat.
Disaat rakyat sedang hidup bergelut kerana covid.
— Edward Newgate (@EdwardN57528755) October 30, 2020
Mengikut sudut pandang Islam, kemajuan sesebuah peradaban atau negara diukur dari segi pembangunan rohani dan bukan hanya fizikal semata-mata. Jangan hanya ingin tampak gah dari segi monumen, kebajikan rakyat sekeliling terabai. Monumen tidak hidup & boleh mengundi. Rakyat boleh
— Alfie (@alfiezik) October 30, 2020
two sides of the country. one with developed and beautiful places to go, then another one with slums and dirty place no one want to go. Instead building unnecessary thing, why dont put the same energy to the slums?
— airil 🏴 (@airilamir69) October 30, 2020
Bangang. Takde benda yang lagi penting dari ni ke ? Rakyat tengah susah sekarang. Sibuk nak buat benda ni. Ni semua nak untung masuk poket n nak dapat nama je. Benda ni memang bagus. Tapi logik sikit la. Zaman rakyat tengah susah. Kau lagi nak buat benda macam ni.
— apik (@xfqds) October 30, 2020
The fund should be prioritised somewhere, like helping the frontliners in Sabah and so on. Pandemic belum habis lagi kot priority kau dah ke laut. You really should pack your bag and leave.
— #KerajaanGagalLagi (@pawople) October 30, 2020
Daripada sudut pandang rakyat, projek ini sebenarnya boleh ditangguhkan bagi mendahulukan dana tersebut untuk kegunaan lain seperti membantu pihak barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.
BACA: Terjejas Teruk Akibat Pandemik COVID-19, Genting Jual Zouk RM42 Juta
Malah ada di antara mereka yang menyelar secara terbuka dengan menyatakan ianya adalah projek yang membazirkan duit rakyat kerana dana yang sepatutnya boleh disalurkan ke bidang lain seperti pendidikan, perumahan dan kebajikan rakyat sudah pun dibazirkan kepada projek yang tidak penting.

Bukan sahaja rakyat, malah idea ini turut dibantah beberapa Ahli Parlimen dan agamawan seperti Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor yang merasakan adalah lebih baik kerajaan mengutamakan usaha dalam memelihara kesihatan rakyat dan membantu mereka yang terjejas daripada sudut ekonomi.
Trending now



