insurans kereta kena ada agreed sum insured

Pentingnya Beli Insurans Kereta Dengan Terma ‘Agreed Sum Insured’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Insurans kereta merupakan satu bentuk sekuriti yang disediakan oleh syarikat insurans kepada pemilik atau pemandu kereta terhadap sebarang kemungkinan tuntutan kerosakan dan/ atau kerugian akibat pemanduan kereta di atas jalan.

Walaupun sesetengah daripada kita percaya bahawa pemanduan selamat dapat memastikan sekuriti diri dan juga orang lain, namun maklumat yang dikumpulkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia menunjukkan sebaliknya.

Menurut Persatuan tersebut, jumlah kenderaan bermotor yang terlibat dalam kemalangan tidak menurun pada tahun-tahun sebelum ini.

insurans kereta kena ada agreed sum insured

Dalam membeli insurans kereta, majoriti akan membeli polisi insurans yang melindungi nilai kenderaan berdasarkan market value.

Namun, jika berlaku kemalangan yang mana kereta anda hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki, insurans tersebut hanya melindungi sehingga market value kereta sahaja.

Market value – atau nilai pasaran adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.

Pastikan Insurans Mempunyai ‘Agreed Sum Insured’

Menerusi hantaran Geld Gleichgesinnten di Facebook, dia menghadapi kemalangan pada malam Aidilfitri 2019 yang lepas. Keretanya terbabas dan jatuh ke dalam gaung. Syukur, hanya kecederaan dan penderahan tanpa sebarang perkara yang lebih buruk berlaku pada mereka.

insurans kereta kena ada agreed sum insured

Jadi, beliau perlu menambah lagi RM15-20k untuk selesaikan hutang kereta miliknya sebelum mencari kereta baharu/ terpakai.

Penting Beli Kereta Sekali Dengan ‘Agreed Sum Insured’

insurans kereta kena ada agreed sum insured

Beliau juga menyarankan beberapa kriteria yang perlu diambil:

insurans kereta kena ada agreed sum insured

Sekiranya anda membeli kereta, fahami dahulu kepentingan market value dan agreed value bagi membolehkan anda membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Sumber: Geld Gleichgesinnten