
Mak Ayah Belajar Tinggi-Tinggi, Tapi Keputusan Peperiksaan Anak Ke Laut?
Semenjak hujung akhir persekolahan baru-baru ini, mesti anda ada nampak rakan-rakan di media sosial membuat hantaran di akaun mereka tentang keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Ada juga yang muat naik gambar anak mereka dapat satu-satu anugerah yang diberikan oleh pihak sekolah.
Namun, terdapat juga anak-anak yang kurang bernasib baik. Walaupun mak ayahnya berpendidikan tinggi, ia tidak memberi jaminan yang anaknya akan mengikut langkah yang sama.
Adakah kita layak menghukum anak yang tidak bersalah dan disamaratakan seperti mak ayah mereka?
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Tazli, seorang pendidik tentang bagaimana ibu bapa boleh mengatasi masalah ini. Jom kita baca.
Saya dapat rasakan rakan-rakan saya dalam kalangan mak ayah yang bekerja dalam bidang profesional pasti akan terkena tempias apabila anak kongsi keputusan peperiksaan. pic.twitter.com/a7aao2Js61
— Dr Tazli (@DrTazli) February 19, 2023
Saya dapat rasakan rakan-rakan saya dalam kalangan mak ayah yang bekerja dalam bidang profesional pasti akan terkena tempias apabila anak kongsi keputusan peperiksaan.
Terkadang tu ada yang dapat sindiran daripada guru, mak ayah belajar tinggi sampai ada masters dan PhD, anak results corot je?
Kita sebagai mak ayah mungkin akan ada yang terasa, betul tak? Aku dulu score results bergantang-gantang A aku tapau, anak sendiri tak boleh perform. Salah ibu mengandung ke ni? Salah bapak sibuk sangat kerja ke? Last-last salah silibus sebab tinggi sangat.
Ok, bab salah siapa tu kita tolak ketepi. Tapi satu kita kena tahu bahawa silibus pengajian anak kita pada pandangan saya tak perlu pun kita nak ajar content pada anak-anak. Kalau kita ajar content, sampai sudah anak don’t get it dan to the extent mak bapak yang menyinga nanti.
Bab content tu biarlah pendidik yang expert yang merancang bagaimana content itu nak disampaikan. Banyak lagi tanggungjawab kita!
Nak anak-anak dapat straight A macam kita dulu-dulu ke? Tak perlu letakkan pengharapan sebegitu pun tak apa sekiranya sistem peperiksaan kita masih lagi content oriented.
Tapi ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan tuan-puan untuk membantu perkembangan kemahiran anak-anak anda terutamanya kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kerana inilah kemahiran yang sangat diperlukan pada masa akan datang berbanding score dalam exam.
Jadi tips-tipsnya ialah seperti berikut:
1. Galakkan anak-anak bertanya soalan kepada anda. Ini untuk membantu mereka ada rasa ingin tahu.
2. Kalau anda tak tahu jawapannya tak apa. Soal mereka semula untuk mereka refine kembali soalan yang ditanya kepada anda.
Kalau anda tahu jawapannya pun jangan bagi jawapan terus, soal balik anak supaya dia akan berfikir kembali – kemudian dia boleh gunakan sumber yang anda untuk meneroka jawapan kepada persoalannya
3. Kadang-kadang mungkin mereka tak tanya soalan, andalah yang tanya soalan. Biar mereka berfikir dan bantu mereka berfikir.
4. Beri pendedahan kepada mereka tentang perkara-perkara baharu. Macam ada Chat-GPT ni, dedahkanlah walaupun mereka baru umur 9-10 tahun.
Dedahkan mereka kepada teknologi AI, dan macam-macam lagi dan ajak mereka berimaginasi bersama-sama.
5. Banyakkan sesi perbincangan dan bersembang dengan mereka, cerita pasal sekolah, cerita pasal makanan,cerita pasal kawan.
6. Jaga hubungan antara kita dan mereka. Jangan lampiaskan marah kita pada mereka pulak. It will make them feel safe and attached to us.
So cuba tengok item 1-6, benda masuk exam tak?
Tak.
Tapi dengan apa yang anda buat untuk mereka, Insha Allah mereka akan selamat menempuh hari muka. Kalau mereka decide mereka nak score exam, itu semua atas mereka sebab kita dah beri sokongan sepatutnya.
Kalau mereka decide nak buat benda lain sebab mereka tahu exam akademik bukan forte dan intelligence mereka, they will make decision on their own.
Yang penting Insha Allah kita takkan stress stress dengan perkembangan mereka apatah lagi nak rasa bersalah. Kalau ada yang menyindir tu lantok je le. Bahagiaku hanya untukku dan ahli keluargaku. Ha gitu.
So hopefully these tips work well for you!
Psst.. anda nak bekalkan cara belajar yang terbaik tapi anda tak tahu macam mana? Boleh je enroll anak-anak anda dalam kursus pakcik Tazli.
Belajar camna nak ambil nota, active reading, mind mapping, time management dan group study tambah-tambah pula boleh dapatkan bantuan Chat-GPT.
BACA: Mahu Kurangkan Tekanan, Universiti Ini Benarkan Pelajar Reka Soalan Peperiksaan