Majlis Makan Raikan Tamat ‘Lockdown’ Berakhir Tragedi Selepas 14 Ahli Keluarga Positif COVID-19

14 Ahli Keluarga Positif COVID-19 Majlis Makan
Sumber: Fox4News

Majlis makan raikan tamat ‘lockdown’ berakhir tragedi selepas 14 ahli keluarga positif COVID-19

Sebuah keluarga di bandar Texas sedang berkabung dan berharap keadaan pulih semula selepas 14 ahli keluarga dijangkiti COVID-19.

Semuanya berpunca selepas mereka menganjur majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung. 14 individu daripada keluarga yang sama disahkan positif COVID-19, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Lelaki bernama Tony Green menganjurkan pertemuan kecil di kediamannya selepas berbulan-bulan tidak bertemu dengan ahli keluarganya yang lain ekoran penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tragedi selepas 14 daripada mereka positif COVID-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja terpaksa bergantung kepada ventilator sejak 2 minggu lalu, manakala ibu kepada Ceja pula terkorban akibat wabak tersebut.

Ketika hari kejadian, semua ahli keluarga tidak menunjukkan gejala tetapi beberapa hari selepas itu dikhabarkan antara mereka disahkan positif virus berbahaya itu.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa itu bukan salah saya, tetapi itu adalah kediaman saya. Saya tuan rumah, dan wabak tersebar kerana idea saya yang mengumpulkan keluarga.

“Saya fikir semuanya akan baik-baik saja. Kami bahkan tidak keluar, hanya di rumah bersama. Saya mengalami masa yang sukar dengan apa yang berlaku,” kata Tony.

14 Ahli Keluarga Positif COVID-19 Majlis Makan

Tony sendiri terpaksa menerima rawatan di hospital kerana wabak tersebut, dan dia bersama saudaranya yang lain kini beransur pulih.

Kes ini menunjukkan bahawa virus terbabit sangat mudah merebak dan menjangkiti orang lain.

Tambah Tony, dia tidak memakai pelitup muka ketika berada di jamuan makan keluarga dan mengatakan itu adalah keputusan yang sangat dikesali.

Sumber: Fox4News

BACA: Sangka Wabak Sekadar Palsu Dan Tak Berjangkit, Lelaki Temui Ajal Selepas Hadir Ke Parti COVID-19